Anwar: Rasuah sudah jadi masalah sistemik, tindakan tegas perlu diteruskan

November 26, 2026 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyifatkan rasuah di Malaysia sebagai masalah sistemik yang sudah berakar umbi dalam sistem negara, sekali gus memerlukan tindakan tegas dan komitmen berterusan semua pihak untuk membanterasnya.

Beliau berkata, usaha memerangi rasuah bukan sesuatu yang mudah dan kerajaan perlu berani mengambil tindakan tanpa menjadikan populariti politik sebagai pertimbangan utama.

“Rasuah bagi saya dalam negara ini sudah sistemik. Saya warisi keadaan yang sistemik. Jadi oleh itu kita mesti terus tegas, terus jalan walaupun popular atau tidak, itu soal kedua,” katanya ketika menjawab persoalan dalam program Dialog Negara yang disiarkan menerusi TV1 dan RTMKlik, malam tadi.

Anwar berkata, cabaran membanteras rasuah jauh lebih besar daripada jangkaan, justeru pembudayaan integriti perlu dimulakan sejak awal, terutama dalam kalangan generasi muda.

Menurutnya, golongan Generasi Z dan Y mempunyai peranan penting dalam menentukan hala tuju negara, selain menjadi harapan untuk membina masa depan Malaysia yang lebih baik.

Sehubungan itu, beliau mengadakan pelbagai program bersama golongan belia, termasuk sesi dialog di institusi pengajian tinggi bagi menyemai idealisme dan nilai integriti.

“Kalau generasi Z atau Y dapat diyakinkan, maka masa depan kita lebih terjamin. Itu harapan saya,” katanya.

Mengulas dakwaan wujudnya perbezaan layanan terhadap individu berpengaruh yang dikaitkan dengan rasuah, Anwar menegaskan beliau tidak akan melindungi sesiapa, termasuk individu yang mempunyai hubungan rapat dengannya.

Beliau berkata, prinsip kedaulatan undang-undang mesti dihormati dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberikan kebebasan untuk menjalankan siasatan tanpa campur tangan.

Sebagai contoh, beliau merujuk tindakan undang-undang terhadap bekas setiausaha politik kanannya, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang turut berdepan pertuduhan berkaitan rasuah.

“Dia beritahu saya tetapi saya kata saya tak campur. Maka dia didakwa. Ada pernah ke kes seperti itu berlaku? Tidak dan rakan-rakan saya dalam Jemaah Menteri tahu saya tidak akan pertahankan mereka yang terlibat rasuah,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berharap setiap rakyat memainkan peranan dan melaksanakan amanah masing-masing menjelang 2027 bagi memastikan pembangunan negara terus berteraskan integriti.

Katanya, tanggungjawab membina negara bukan hanya terletak pada pemimpin dan penjawat awam, sebaliknya turut melibatkan mahasiswa, institusi keluarga dan seluruh anggota masyarakat.

Beliau turut mengingatkan rakyat supaya tidak menjadikan perbezaan kaum sebagai punca perpecahan kerana cabaran sebenar negara berkait rapat dengan prinsip, nilai dan akhlak masyarakat.

“Masalah kita bukan soal kaum. Jangan benci satu sama lain. Masalah kita ini masalah prinsip dan akhlak. Jadi kita perlu baiki bersama,” katanya.

Program Dialog Negara itu turut menampilkan sembilan panel daripada pelbagai latar belakang termasuk sektor perniagaan, kesihatan, pendidikan, media sosial dan masyarakat sivil.

Antara yang terlibat ialah Pengasas Komuniti Pejuang Hartanah, Ahyat Ishak; Pengarah Strategi Kumpulan KRA, Amir Fareed Rahim; pegawai perubatan, Dr Malar Santhi Santherasegapan serta Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh Berhad, Azmi Zainal.

Berita berkaitan
Bubar Parlimen: Anwar minta parti politik jangan tergesa-gesa
November 26, 2026· Politik
Ibu bapa wajib hadir ketika Bantuan Awal Persekolahan RM200 diagihkan
21 jam lalu· Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
November 24, 2026· Isu semasa
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
November 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, pelabur beralih kepada aset selamat
November 26, 2026 · Isu semasa
AKPS catat rampasan RM322 juta dalam tempoh 10 bulan
November 26, 2026 · Isu semasa
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
16 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
16 jam lalu · Isu semasa
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok