Kemelut politik tak jejas projek pembangunan di Negeri Sembilan: Anwar

November 28, 2026 · Politik

Kerajaan Persekutuan tidak akan menangguhkan pelaksanaan projek pembangunan di Negeri Sembilan meskipun negeri itu sedang berdepan ketidaktentuan politik susulan kemelut kepimpinan yang berlaku.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah mengarahkan kementerian berkaitan supaya memastikan semua projek yang diluluskan sebelum ini diteruskan mengikut perancangan demi kepentingan rakyat.

Beliau berkata, antara projek utama yang perlu disegerakan ialah pembangunan laluan Seremban-Kuala Pilah yang membabitkan peruntukan RM180 juta.

“Untuk Negeri Sembilan ini, seperti kita tahu laluan Seremban-Kuala Pilah dengan peruntukan setakat ini RM180 juta yang lama diluluskan, dan kita minta disegerakan untuk disempurnakan bagi memberikan kemudahan kepada rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan program Yakin MADANI bertemakan ‘Memaknai Harapan Rakyat’ di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi, hari ini.

Selain projek jalan raya, Anwar berkata kerajaan turut meneruskan pembangunan perumahan mampu milik dengan tambahan peruntukan RM12 juta serta program Pesona Negeri Sembilan.

Kerajaan juga memberi perhatian kepada pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB), termasuk empat projek baharu di negeri itu.

Projek berkenaan membabitkan RTB Sungai Linggi, Sungai Gemencheh, Sungai Jimah Fasa Dua dan Sungai Si Rusa di Port Dickson.

Anwar menegaskan perbezaan politik tidak seharusnya menjadi alasan untuk menghentikan program pembangunan atau menjejaskan usaha kerajaan membantu rakyat.

“Saya telah beritahu kementerian dan kerajaan negeri supaya jangan menangguhkan program ini kerana apa pun pertentangan, ia tidak boleh mengorbankan kepentingan rakyat dan sebagainya,” katanya.

Beliau turut mengingatkan tanggungjawab membangunkan negara bukan hanya terletak pada pemimpin politik, sebaliknya memerlukan kerjasama semua pihak termasuk masyarakat.

Katanya, setiap pihak perlu melaksanakan tanggungjawab dengan amanah bagi memastikan dasar dan program yang dirancang memberi manfaat kepada rakyat.

Kemelut politik Negeri Sembilan ketika ini mencetuskan ketidaktentuan terhadap kedudukan pentadbiran negeri. Bagaimanapun, kerajaan Persekutuan memberi jaminan isu politik tidak akan menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan yang sudah diluluskan.

Berita berkaitan
Pengurusan institusi kerajaan perlu bebas pengaruh politik: Anwar
November 28, 2026· Isu semasa
Anwar arah siasatan penuh kes seludup dadah guna pesawat TUDM
5 jam lalu· Isu semasa
Prestasi Loke baik, Anwar mahu Loke kembali bertugas segera
6 jam lalu· Politik
Saman MCMC tidak jejas pelaburan Google di Malaysia: PMX
November 27, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
DAP mahu undang-undang baharu ganti Akta Hasutan: Gobind
November 28, 2026 · Politik
PRN Sarawak: GPS kuasai 29 kerusi tanpa bertanding
6 jam lalu · Politik
Dokumen sudah dinyahklasifikasi, apa lagi hendak disiasat? – Tony Pua
November 27, 2026 · Politik
Enam Exco N9 angkat sumpah, Tuanku Muhriz ingatkan jangan lampaui kuasa
November 27, 2026 · Politik
Isu minit Najib dan penutupan kedai, polis siasat dua pemimpin DAP
November 27, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok