Nahas FRU: Pemandu lori sekali lagi didakwa di mahkamah kes curi lembu

May 20, 2025 · Isu semasa

Pemandu lori yang menghadapi pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan simpanan Persekutuan (FRU), dihadapkan ke Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini atas pertuduhan menolong menyembunyikan harta curi iaitu dua ekor lembu, bulan lepas.

Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memindah hantar yang disedari sebagai harta curi, iaitu seekor lembu jantan warna hitam baka KK Cross dan seekor lembu jantan warna putih baka Brahman milik Rozali Ismail, 66, dari tempat asal iaitu di kebun Kampung Sungai Keli, Hutan Melintang.

Kesalahan itu dilakukan di Kampung Kebun Baru, Hutan Melintang pada pukul 6 petang, 14 April lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya lzzuddin Fakri Hamdan menawarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap lelaki itu.

Peguam Mohd Hafizuddin Khan Norkhan yang mewakili Rudi Zulkarnain, memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya berdepan 10 pertuduhan termasuk kes kemalangan yang membabitkan anggota FRU, selain tertuduh tidak mempunyai pendapatan kerana lesen telah digantung dan kedua-dua lembu tersebut telah diserahkan kepada mangsa.

Majistret Naidatul Athirah Azman kemudiannya membenarkan lelaki itu diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Pada Jumaat, Rudi Zulkarnain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian sembilan anggota FRU, 13 Mei lepas.

Mahkamah menetapkan jaminan RM6,000 terhadap pemandu lori tersebut dan jaminan berkenaan dibayar oleh majikannya dengan seorang penjamin semalam. – Bernama

Berita berkaitan
Kes culik pasangan Singapura: Enam individu didakwa di mahkamah
August 21, 2026· Isu semasa
Bekas CEO Tabung Haji direman bantu siasatan RCI
August 21, 2026· Isu semasa
Penangkap anjing, pemilik didakwa dera anjing ‘Rocky’
August 20, 2026· Isu semasa
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
August 19, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu makin meluas, 29 kawasan catat IPU tidak sihat
2 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi lemah 3.1 gegar perairan Batu Pahat
2 jam lalu · Isu semasa
Syed Azman Tokoh Perdana Maulidur Rasul, Anwar ucap tahniah kepada semua penerima
4 jam lalu · Isu semasa
Cadangan Audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet: Anwar
4 jam lalu · Isu semasa
Zahid sokong siasatan Tabung Haji selepas 2017
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok