Tiga pegawai TUDM didakwa di mahkamah edar 96.2kg syabu

November 27, 2026 · Isu semasa

Tiga pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), termasuk seorang kapten dan dua leftenan, bersama tiga individu awam dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis syabu seberat 96.2 kilogram (kg).

Tiga pegawai terbabit ialah Kapten Muhammad Amirul Faisall Rosdin, 34, serta dua Leftenan, Amir Ariffudin Aminullah, 33, dan Muhammad Arief Fauzan Mohd Ali, 27.

Tiga lagi tertuduh ialah Tan Sui Seng, 48, Nur Hanis Syafiqah Muhammed Amin, 28, dan Afifah Amdas, 34.

Mengikut pertuduhan, keenam-enam mereka didakwa secara bersama mengedar dadah disyaki methamphetamine seberat kira-kira 96.2kg di Foyer Ketibaan Cabang Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang, kira-kira jam 6.50 petang pada 17 November lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup. Sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati, mereka hendaklah dikenakan hukuman penjara tidak kurang 15 tahun dan sekurang-kurangnya 12 sebatan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin kerana kesalahan berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Kesemua mereka hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan.

Mahkamah turut menetapkan 23 Februari 2027 sebagai tarikh sebutan semula kes dan tidak membenarkan jaminan terhadap semua tertuduh.

Kes itu dipercayai mempunyai kaitan dengan penemuan dadah melebihi 96kg di Pangkalan Udara Subang yang membawa kepada penahanan tujuh anggota dan pegawai TUDM sebelum ini.

Panglima TUDM, Muhamad Norazlan Aris sebelum ini dilaporkan mengesahkan penahanan lima pegawai dan dua anggota lain-lain pangkat bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini mendedahkan kegiatan penyeludupan kira-kira tiga tan syabu bernilai RM156 juta yang dipercayai menggunakan dua kemudahan TUDM di Sabah sejak Ogos 2024.

Kegiatan itu membabitkan 21 transaksi, dengan tujuh dikesan di Tawau melibatkan 1.8 tan syabu bernilai RM93 juta, manakala 14 lagi di Labuan membabitkan 1.2 tan dadah bernilai RM63 juta.

Pendedahan berkenaan mencetuskan persoalan mengenai kemungkinan penyalahgunaan kemudahan ketenteraan bagi menjalankan kegiatan penyeludupan dadah berskala besar.

Kesemua tertuduh dibawa ke Kompleks Mahkamah Shah Alam dengan kawalan ketat pihak polis.

Berita berkaitan
Bekas Peguam Negara Abdul Gani Patail meninggal dunia
November 27, 2026· Isu semasa
Pendakwaan persoal transaksi RM25.3 juta dalam akaun Bersatu
20 jam lalu· Politik
Dakwa dinafikan hak membela diri, Inspektor Sheila saman Ayob Khan dan PDRM
20 jam lalu· Isu semasa
KDN buru individu berprofil tinggi dalam sindiket dadah TUDM
23 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Saman MCMC RM600 juta terhadap Google sudah diserahkan: Nie Ching
November 27, 2026 · Isu semasa
367,537 kandungan scam, akaun palsu dan deepfake dipadam
November 27, 2026 · Isu semasa
SPRM nafi pilih kasih, siasatan projek jalan KKDW masih berjalan
November 27, 2026 · Isu semasa
Ancaman siber jadi fokus Dasar Keselamatan Negara baharu: PMX
18 jam lalu · Isu semasa
NEXSEC2026 himpun 1,500 peserta, perkasa bakat keselamatan siber
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok