386 pegawai perubatan berhenti tahun lepas, 12 berhijrah ke luar negara: Dzulkefly

August 19, 2025 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan mencatatkan seramai 386 pegawai perubatan meletakkan jawatan pada tahun lepas, dengan 12 daripadanya memilih untuk berhijrah ke luar negara.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad menjelaskan pihak kementerian tidak mempunyai kuasa untuk menghalang mana-mana pegawai perubatan daripada menyertai sektor swasta atau bekerja di luar negara.

Beliau menegaskan bahawa fenomena penghijrahan tenaga perubatan ini bukanlah perkara baru dan turut berlaku di negara-negara maju yang lain.

“Faktor utama penghijrahan ini adalah tawaran gaji yang lebih kompetitif di luar negara, terutamanya apabila ditukar kepada nilai ringgit.

“Perbezaan kadar pertukaran mata wang menyebabkan jumlah pendapatan mereka menjadi jauh lebih tinggi di negara-negara berpendapatan tinggi,” jelas Dr Dzulkefly dalam jawapan bertulis kepada soalan Parlimen.

Sebagai langkah menangani isu ini, kementerian telah melaksanakan pelbagai inisiatif pengekalan tenaga kerja, antaranya termasuk meningkatkan jumlah jawatan tetap bagi pegawai kontrak dengan sebanyak 13,552 tawaran telah diberikan sejak tahun 2023.

Purata 4,000 pegawai perubatan diberikan lantikan tetap setiap tahun.

Kementerian juga menawarkan gaji permulaan yang kompetitif sebanyak RM5,380 untuk pegawai perubatan Gred UD9, yang merupakan antara yang tertinggi berbanding skim perkhidmatan awam lain. Pegawai perubatan turut menerima kenaikan tahunan sehingga RM225 serta pelbagai insentif dan elaun tambahan.

Dr Dzulkefly turut menekankan pentingnya aspek kesihatan mental dengan menyediakan sokongan psikososial khusus untuk pegawai perubatan. Beliau mengakui bahawa isu pengekalan doktor merupakan perkara kompleks yang memerlukan kerjasama pelbagai pihak.

“Usaha mengekalkan pegawai perubatan bukanlah tanggungjawab Kementerian Kesihatan semata-mata. Ini adalah isu jangka panjang yang memerlukan penyelesaian menyeluruh daripada pelbagai agensi.

“Kami akan terus mengadakan sesi libat urus dengan agensi persekutuan untuk menambah baik insentif dan faedah pekerjaan,” jelasnya.

Berita berkaitan
Rakyat mahu kerajaan fokus bekerja, Anwar gesa utamakan kestabilan negara
July 14, 2026· Politik
Fahmi bentang RUU Komunikasi dan Multimedia di Dewan Rakyat, pelihara kepentingan negara
July 13, 2026· Isu semasa
Speaker gesa Ahli Parlimen buat saringan kesihatan
July 8, 2026· Politik
12 juta rakyat sudah daftar MyDigital ID
July 8, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MCMC perkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi Program MADANI Kita
14 jam lalu · Isu semasa
Tiada pemimpin boleh hina mana-mana kaum, PM ingatkan Sanusi
17 jam lalu · Isu semasa
Anwar yakin Kabinet setuju dedah laporan RCI Tabung Haji
18 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat kandungan hina Islam di Facebook
20 jam lalu · Isu semasa
Tarif AS tidak setinggi negara lain, rundingan akan tetap diteruskan: PMX
July 24, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
11 jam lalu
[VIDEO] Zahid: Elok Sanusi balik Kedah, tak perlu lagi berkempen di NS
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok