Tindakan Timbalan Speaker bahas Belanjawan 2027 cetus bantahan MP

14 jam lalu · Politik

Tindakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Ramli Mohd Nor meninggalkan kerusi Speaker untuk mengambil tempat sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands bagi membahaskan Belanjawan 2027 mencetuskan bantahan beberapa ahli Parlimen pada Isnin.

Isu itu dibangkitkan Ronald Kiandee (PN-Beluran) yang mempersoalkan kewajaran tindakan Ramli berbahas ketika masih memegang jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Menurut Ronald, kerusi Speaker tidak sepatutnya dibiarkan kosong sepanjang persidangan berlangsung kerana setiap urusan Dewan perlu dikendalikan oleh seorang Yang Dipertua atau pengerusi.

“Kerusi Speaker tidak boleh dikosongkan. Boleh lantik sementara untuk duduk di sana. Mesti ada orang di kerusi Speaker.

“Kalau Speaker tidak ada, Dewan boleh melantik sesiapa sahaja untuk berada di sana semasa ahli Parlimen berbahas. Ini unprecedented (belum pernah berlaku),” katanya.

Bagaimanapun, Ramli mempertahankan tindakannya dengan menjelaskan beliau sudah menyemak peraturan mesyuarat dan tidak menemui sebarang peruntukan yang melarang Timbalan Yang Dipertua mengambil bahagian dalam perbahasan sebagai ahli Parlimen.

“Saya sudah menyemak peraturan dan tiada peraturan yang tidak membenarkan saya untuk bercakap di kerusi ahli Parlimen.

“Kalau Yang Berhormat memikirkan peraturan tidak membenarkan, saya persilakan Yang Berhormat usulkan di dalam Dewan,” katanya.

Bantahan turut disuarakan Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) yang menyifatkan tindakan itu tidak wajar kerana boleh menimbulkan persoalan mengenai pematuhan tertib dan peraturan perjalanan persidangan Parlimen.

Beliau menegaskan, setiap persidangan Dewan Rakyat perlu dikendalikan Yang Dipertua atau pengerusi bagi memastikan perjalanan mesyuarat berlangsung mengikut peraturan ditetapkan.

“Saya merakamkan rasa sedih bagaimana Parlimen dihina dan peraturan atur cara Parlimen tidak diikuti.

“Dalam peraturan kita, tersirat dalam mana-mana persidangan mesti ada seorang Yang Dipertua atau pengerusi kerana beliau yang menetapkan semua peraturan diikuti.

“Kalau Speaker berucap dan menjadi pembahas, siapa yang menentukan beliau mengikuti peraturan dalam Dewan?” katanya.

Ngeh turut mengingatkan semua ahli Parlimen supaya bertanggungjawab mempertahankan kewibawaan institusi legislatif negara daripada menjadi bahan kritikan.

“Semua ahli Parlimen bertanggungjawab memastikan martabat Parlimen terus dipelihara dan tidak menjadi bahan ejekan, bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat antarabangsa,” tegasnya.

Persoalan mengenai tindakan Timbalan Speaker itu sekali lagi mencetuskan perbahasan mengenai batas peranan seorang pengerusi Dewan dengan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat, khususnya ketika persidangan membincangkan perkara penting seperti Belanjawan 2027.

Berita berkaitan
Pantun ‘kencing’ Mat Maslan makan diri, bukankah UMNO juga dalam kerajaan?
1 jam lalu· Politik
RUU Pemakanan dijangka siap 2027, kawal makanan tidak sihat
14 jam lalu· Isu semasa
Reformasi Parlimen Malaysia perkukuh kebebasan badan perundangan: PMX
November 15, 2026· Isu semasa
Selagi ada majoriti, Anwar tak perlu bubar Parlimen: Loke
November 15, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Anwar: Kerajaan masih stabil, jangan layan spekulasi liar
2 jam lalu · Politik
Zambry umum Ismail Lasim letak jawatan MB Negeri Sembilan
2 jam lalu · Politik
Kalah PRN Melaka bukan pengakhiran perjuangan: Mohamad Sabu
10 jam lalu · Politik
PAS sedia runding kerusi DUN Terengganu dengan BN: Samsuri
11 jam lalu · Politik
Parti Rafizi mungkin terkubur awal jika terlalu idealistik – Puad
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Pilihan Agenda Daily | 16 November 2026
10 jam lalu
[VIDEO] Jangan pandang rendah kemampuan anak muda: Mukhlis
November 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok