AMK: Pantun Ahmad Maslan biadab, patut letak jawatan terus

2 jam lalu · Politik

Muhammad Kamil Abdul Munim menggesa Timbalan Menteri Kerja Raya, Ahmad Maslan melepaskan jawatannya sekiranya tidak lagi sehaluan dengan pendirian Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu menyifatkan pantun berunsur sindiran yang disampaikan Ahmad ketika persidangan Dewan Rakyat sebagai tindakan biadab, terutama apabila ia membabitkan rakan parti yang turut berada dalam kerajaan.

Menurut Muhammad Kamil, Ahmad sebagai sebahagian daripada kepimpinan kerajaan sepatutnya menghormati persefahaman politik yang menjadi asas pembentukan Kerajaan Perpaduan.

“Bagi saya, itu satu tindakan yang biadab. Kalau dia ada prinsip, dia ada maruah, dia perlu undur diri sebagai Timbalan Menteri.

“Kalau tidak boleh lagi menerima realiti Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri dan tidak boleh bersama-sama menjayakan agenda kerajaan, mereka perlu mengundur diri dengan terhormat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Kesyukuran Bersama Penduduk Medan Klebang Prima di sini, Selasa.

Mengulas lanjut, Muhammad Kamil berkata, mana-mana pemimpin yang tidak lagi menghormati persefahaman pembentukan kerajaan tidak wajar terus memegang jawatan dalam pentadbiran.

Katanya, sikap tidak konsisten seperti itu hanya menimbulkan persoalan mengenai komitmen pemimpin terhadap kerjasama politik yang dipersetujui sebelum ini.

“Kalau ada individu tertentu, tidak kisahlah daripada UMNO atau mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan yang tidak suka, tinggalkanlah. Keluarlah, tidak perlu pegang apa-apa jawatan.

“Tidak ada gunanya menunjukkan sikap talam dua muka,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengakui keputusan mengenai pelantikan atau penamatan jawatan anggota Kabinet merupakan hak prerogatif Perdana Menteri.

Kontroversi itu tercetus selepas Ahmad menyelitkan pantun berunsur sindiran ketika menjawab celahan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham berhubung isu penghapusan tol di Dewan Rakyat pada 16 November lalu.

Ketika menjawab perkara itu, Ahmad turut menyentuh beberapa janji politik yang masih belum ditunaikan, termasuk berkaitan isu tol.

Insiden berkenaan mencetuskan reaksi politik susulan kedudukan Ahmad dalam kerajaan yang turut disertai parti-parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.

Dalam perkembangan sama, Muhammad Kamil ketika mengulas gesaan supaya pilihan raya negeri (PRN) diadakan di Perak dan Pahang berkata, pihak yang yakin mempunyai kekuatan politik boleh meneruskan hasrat berkenaan.

Namun, beliau berpandangan rakyat lebih berminat melihat pemimpin memberikan tumpuan kepada penyelesaian masalah mereka berbanding percaturan politik.

Katanya, AMK akan terus memberi perhatian kepada agenda rakyat dan tidak mahu terheret dalam usaha menggugat kestabilan kerajaan.

Berita berkaitan
13,883 kandungan deepfake dipadam, 61 kes disiasat: Fahmi
9 jam lalu· Isu semasa
Ahmad Maslan patut letak jawatan, gesa Rayer
10 jam lalu· Politik
Pantun ‘kencing’ Mat Maslan makan diri, bukankah UMNO juga dalam kerajaan?
23 jam lalu· Politik
Tindakan Timbalan Speaker bahas Belanjawan 2027 cetus bantahan MP
November 16, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Tuanku Muhriz terima menghadap Ismail Lasim: Bernama
3 jam lalu · Politik
Mahfuz persoal BN umum peletakan jawatan Ismail sebelum Istana sahkan
9 jam lalu · Politik
Jalaluddin Alias hangat disebut bakal jadi MB Negeri Sembilan: Laporan
13 jam lalu · Politik
Istana Negeri Sembilan belum sahkan surat peletakan jawatan Ismail Lasim
13 jam lalu · Politik
Ismail Lasim pilih untuk berdiam diri selepas letak jawatan MB: Laporan
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 17 Nov – Ismail letak jawatan, kerajaan Madani stabil dan lawatan Macron
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok