Exco Wanita UMNO, Nurulhidayah Ahmad Zahid.
Exco Wanita UMNO, Nurulhidayah Ahmad Zahid menyifatkan tuduhan terhadap Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai ejen Perikatan Nasional (PN) sebagai suatu yang melampau dan tidak berasas.
Nurulhidayah yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Bagan Datuk itu berkata walaupun Akmal sering dilihat sebagai seorang yang terlalu lantang, namun itu merupakan gaya kepimpinan peribadinya dan tidak sepatutnya dikaitkan dengan pengkhianatan parti.
“Secara peribadi, saya menolak sekeras-kerasnya sebarang usaha yang mahu menggugat perpaduan dengan tuduhan tidak berasas, terutamanya tuduhan terhadap Ketua Pemuda UMNO Malaysia,” katanya melalui hantaran di laman Facebook.
Nurulhidayah berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Selangor yang mendakwa Akmal bertindak sebagai ejen PN dalam Kerajaan Perpaduan dan menggesa DAP memutuskan hubungan politik dengannya.
Beliau turut mengingatkan Akmal sudah pun berhadapan dengan tindakan undang-undang setelah didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada Jumaat lalu atas pertuduhan menimbulkan kegentaran awam berikutan isu pengibaran Jalur Gemilang terbalik.
“Tuduhan tanpa bukti hanya menjadi racun yang memecah-belahkan perpaduan. Kita tidak boleh membiarkan politik negara dicemari fitnah dan dakwaan kosong yang hanya menguntungkan pihak tertentu,” tegasnya.
Nurulhidayah menegaskan politik matang memerlukan keberanian berhujah dengan fakta, bukan tuduhan kosong, seru menyeru semua pihak mengamalkan politik berhemah untuk menjaga maruah bangsa, agama dan tanah air.
Tiada perubahan kepimpinan Negeri Sembilan, Aminuddin kekal MB: PMX
Sayap pemuda DAP desak pecat Tok Mat, dakwa jejaskan kestabilan kerajaan
Keputusan 14 ADUN dihormati, namun sokongan kepada kerajaan Negeri Sembilan diteruskan
Krisis Negeri Sembilan isyarat jelas UMNO mahu bertanding solo PRU-16: Rafizi
Spekulasi ADUN UMNO kembali jadi Exco disangkal Jalaluddin
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan