Johari tegur menteri gagal jawab soalan Ahli Parlimen

November 23, 2026 · Politik

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul menegur menteri dan timbalan menteri yang masih gagal mengemukakan jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen meskipun perkara itu sebelum ini dijanjikan untuk diselesaikan.

Teguran itu dibuat selepas Ahli Parlimen Pendang, Awang Solahuddin Hashim membangkitkan isu kelewatan menerima jawapan bertulis daripada kementerian berkaitan ketika sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau mendakwa masih banyak soalan yang sepatutnya dijawab secara bertulis belum diterima sehingga menyukarkan Ahli Parlimen mendapatkan maklumat dan penjelasan mengenai isu dibangkitkan.

“Tan Sri Yang di-Pertua, saya nak mengadu sikit. Soalan-soalan yang menteri atau timbalan menteri kata nak jawab secara bertulis, sampai sekarang ada banyak yang saya tak terima lagi. Jadi saya nak mengadu kepada Tan Sri,” katanya.

Mengulas perkara itu, Johari meminta Awang Solahuddin menyenaraikan semua soalan yang masih belum menerima jawapan bertulis supaya tindakan susulan dapat diambil.

Beliau turut memberi jaminan akan mendapatkan penjelasan secara langsung daripada menteri terbabit selepas pukul 11.30 pagi.

“Sekarang juga, Yang Berhormat tuliskan semua soalan-soalan yang belum dijawab. Selepas 11.30 pagi saya nak ikut menteri itu sendiri,” katanya.

Sebelum itu, Awang Solahuddin turut membangkitkan persoalan mengenai cadangan kerajaan memperluaskan julat pendapatan bercukai yang layak menikmati kadar cukai 15 peratus bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Beliau meminta penjelasan sama ada kerajaan bersedia memperluaskan julat pendapatan bercukai yang menikmati kadar berkenaan sekiranya belum bersedia menurunkan kadar cukai PMKS kepada 15 peratus.

Beliau turut meminta kementerian menyatakan anggaran kos yang perlu ditanggung kerajaan serta jumlah PMKS yang dijangka mendapat manfaat daripada cadangan itu.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, kerajaan secara umumnya terbuka menerima cadangan berkenaan, namun maklumat terperinci akan dikemukakan melalui jawapan bertulis.

“Secara amnya kerajaan bersedia menerima semua cadangan, tetapi untuk menjawab soalan khusus itu, saya akan memberikan data secara bertulis,” katanya.

Berita berkaitan
AMK: Pantun Ahmad Maslan biadab, patut letak jawatan terus
November 17, 2026· Politik
13,883 kandungan deepfake dipadam, 61 kes disiasat: Fahmi
November 17, 2026· Isu semasa
Pantun ‘kencing’ Mat Maslan makan diri, bukankah UMNO juga dalam kerajaan?
November 16, 2026· Politik
Tindakan Timbalan Speaker bahas Belanjawan 2027 cetus bantahan MP
November 16, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Pembubaran DUN bukan jaminan krisis Negeri Sembilan selesai: Laporan
November 23, 2026 · Politik
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
17 jam lalu · Politik
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
17 jam lalu · Politik
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
17 jam lalu · Politik
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok