Kerajaan terus usaha bangunkan perumahan daif meskipun RUU PSB ditangguh

August 29, 2025 · Politik

Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak akan berundur daripada tanggungjawab membangunkan semula kawasan perumahan daif meskipun Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) 2025 ditangguhkan.

Perdana Menteri menekankan kerajaan tidak boleh memejamkan mata terhadap keadaan ratusan ribu rakyat yang masih terperangkap dalam perumahan usang dan tidak selamat.

“Kita tidak boleh membiarkan rakyat miskin terus hidup dalam kediaman lama yang retak, sempit dan tidak selamat. Ramai keluarga Melayu, Cina dan India masih hidup dalam keadaan amat daif,” katanya semasa merasmikan Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) Seksyen 1 dari Sungai Long ke Ampang hari ini.

Anwar menjelaskan erajaan memahami kebimbangan sebahagian penduduk, tetapi menegaskan bahawa kepentingan majoriti harus diutamakan bagi memastikan kesejahteraan rakyat terbanyak.

“Kerajaan mesti berani membuat keputusan termasuk menyediakan rumah baharu secara percuma dengan pampasan adil.

“Saya tidak mahu hanya kerana segelintir menolak, ratusan keluarga lain terpaksa terperangkap dalam keadaan tidak manusiawi,” tegasnya.

Anwar juga menolak dakwaan bahawa RUU PSB akan mengundang risiko perubahan demografi atau menguntungkan pihak tertentu.

“RUU ini bertujuan memastikan keluarga berpendapatan rendah dan sederhana mendapat rumah lebih selesa. Kita akan pertahan kepentingan semua kaum dalam pembangunan,” jelasnya.

Mengenai isu ambang persetujuan 80 peratus yang mencetuskan kontroversi, Anwar menjelaskan: “Jika 80 peratus penduduk bersetuju, kita tidak boleh membiarkan 20 peratus menghalang kemajuan majoriti. Namun mereka yang berpindah mesti diberi rumah selesa, pampasan sewajarnya dan jaminan keselamatan sosial.”

Anwar mengingatkan semua wakil rakyat agar tidak hanya bercakap berdasarkan teori, tetapi perlu turun ke padang untuk melihat sendiri kesusahan hidup yang dialami oleh rakyat.

Pembangunan negara, katanya, tidak boleh hanya diukur melalui projek mega semata-mata, tetapi mesti selari dengan peningkatan kualiti hidup rakyat terbanyak.

Berita berkaitan
Majlis Amanat Hari Kebangsaan dipindah ke PICC kerana jerebu
13 jam lalu· Isu semasa
Banjir Nepal: Kerajaan giat kesan 54 rakyat Malaysia
23 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
August 26, 2026· Politik
Syed Azman Tokoh Perdana Maulidur Rasul, Anwar ucap tahniah kepada semua penerima
August 25, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
BN mahu pertahan 21 kerusi di Melaka, PRN pada bila-bila masa
August 28, 2026 · Politik
Saravanan didakwa tiga pertuduhan, berkait kuota pekerja asing
August 28, 2026 · Politik
Tiada lesen judi baharu bawah Kerajaan MADANI, Sanusi jangan auta: MOF
13 jam lalu · Politik
Ismail Sabri bebas dengan jaminan RM300,000 dibayar anak
19 jam lalu · Politik
PKR Kedah: Sanusi jangan alih tiang gol, jawab isu lesen judi
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok