Banjir Nepal: Kerajaan giat kesan 54 rakyat Malaysia

August 27, 2026 · Isu semasa

Kerajaan sedang menggiatkan usaha mengesan 54 rakyat Malaysia yang masih gagal dihubungi susulan banjir kilat di daerah Rasuwa, Nepal, semalam.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim, menzahirkan dukacita atas bencana itu dan meminta keselamatan serta kebajikan rakyat Malaysia yang terjejas terus diberi keutamaan.

Menurutnya, Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Nepal dan agensi berkaitan bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai keadaan rakyat Malaysia terbabit.

“Saya juga amat terkesan apabila dimaklumkan oleh Kementerian Luar (KLN) bahawa 54 rakyat Malaysia masih belum dapat dihubungi setakat ini dan usaha mengesan serta mendapatkan perkembangan mengenai keadaan mereka sedang giat dilakukan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Anwar berkata, pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh turut digerakkan bagi membantu memperkukuh penyelarasan usaha di lapangan.

Beliau turut memberi jaminan Kerajaan MADANI menerusi KLN akan terus memantau perkembangan bencana itu dengan teliti dan menggembleng segala usaha bagi memastikan rakyat Malaysia yang terjejas mendapat bantuan sewajarnya.

“Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama mendoakan agar kesemua mereka segera ditemui dalam keadaan selamat dan segala usaha mencari serta menyelamat dipermudahkan. Insya-Allah,” katanya.

Banjir kilat itu dilaporkan melanda kawasan sempadan Nepal-Tibet susulan hujan lebat serta runtuhan glasier di sepanjang laluan Sungai Bhote Koshi.

Keadaan menjadi lebih sukar apabila rangkaian komunikasi dan akses jalan raya utama terputus, sekali gus menyukarkan usaha perhubungan serta pergerakan keluar masuk dari kawasan terjejas.

Insiden itu turut mengakibatkan kematian dan kehilangan ratusan penduduk serta pelancong, termasuk warga asing, ketika pasukan penyelamat terus menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Kementerian Luar sebelum ini memaklumkan jumlah rakyat Malaysia yang gagal dihubungi meningkat susulan gangguan komunikasi di kawasan bencana.

Berita berkaitan
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
12 jam lalu· Politik
Syed Azman Tokoh Perdana Maulidur Rasul, Anwar ucap tahniah kepada semua penerima
August 25, 2026· Isu semasa
Cadangan Audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet: Anwar
August 25, 2026· Isu semasa
Anwar: Jadikan ajaran Rasulullah panduan hidup
August 25, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SPRM reman bekas Pengerusi dan KSP berkait RCI TH
August 27, 2026 · Isu semasa
Harga petrol tanpa subsidi naik 5 sen
12 jam lalu · Isu semasa
Dua pembantu Najib diperintah bayar RM483,000 kepada pendakwah bebas
16 jam lalu · Isu semasa
RCI Tabung Haji: SPRM tahan bekas pengerusi TH, bekas KSU Perbendaharaan
16 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perketat kawalan platform e-dagang, terima aduan pengguna banyak: Fahmi
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok