PKR Kedah: Sanusi jangan alih tiang gol, jawab isu lesen judi

August 27, 2026 · Politik

PKR Kedah menyelar Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor susulan kenyataannya berhubung isu lesen premis perjudian di negeri itu, sambil menegaskan keputusan mahkamah tidak boleh dipersalahkan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Pengarah Komunikasi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah, Tunku Nashrul Abaidah berkata, pentadbiran kerajaan negeri sendiri kalah dalam tindakan undang-undang berkaitan isu berkenaan.

Menurutnya, Anwar tidak mempunyai peranan dalam menentukan keputusan mahkamah kerana Malaysia mengamalkan prinsip pemisahan kuasa antara badan perundangan, eksekutif dan kehakiman.

“Saya mengecam kenyataan biadab menteri besar Kedah yang menghamburkan makian terhadap perdana menteri terkait isu lesen premis perjudian di negeri ini.

“Tindakan pentadbiran pimpinannya dibatalkan selepas mahkamah mendapati perkara itu melangkaui bidang kuasa negeri, manakala permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu turut ditolak oleh Mahkamah Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tunku Nashrul berkata, kes itu bermula daripada keputusan pentadbiran Sanusi sebelum dicabar pihak pengendali dan diputuskan secara bebas oleh badan kehakiman.

“Sanusi usah baling batu sembunyi tangan. Sikap bermuka-muka dan berpura-pura suci dalam isu ini jelas mencerminkan kemunafikan politik,” katanya.

Beliau turut mengaitkan isu itu dengan rekod pentadbiran ketika PAS berada dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), dengan mendakwa jumlah cabutan khas judi ketika itu dinaikkan daripada lapan kepada 22 kali setahun.

Sebaliknya, katanya, Anwar yang kini menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan mengambil keputusan menurunkan semula jumlah cabutan khas itu kepada lapan kali setahun.

“Sanusi, usah alih tiang gol, sila jawab kekalahan pentadbiran sendiri secara berfakta dan berhenti menjadikan perdana menteri sebagai sasaran,” katanya.

Sanusi sebelum ini didakwa menggunakan laras bahasa kesat ketika berucap dalam Program Penjelasan Isu Halangan Pengharaman Judi Di Kedah di Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar, Selasa lalu.

Program itu diadakan bagi memberi penjelasan mengenai kedudukan kerajaan negeri susulan keputusan mahkamah berkaitan usaha Kedah menghalang operasi premis perjudian.

Isu tersebut menjadi perhatian selepas tindakan pentadbiran negeri berhubung lesen premis perjudian dicabar di mahkamah. Mahkamah kemudian memutuskan perkara itu melangkaui bidang kuasa kerajaan negeri, sebelum permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu turut ditolak Mahkamah Persekutuan.

Berita berkaitan
RCI Tabung Haji: Bekas pengerusi TH, KSP direman tujuh hari
August 27, 2026· Isu semasa
Bekas menteri dijangka didakwa rasuah esok, identiti belum didedahkan: Laporan
August 27, 2026· Isu semasa
Ismail Sabri bebas dengan jaminan RM300,000 dibayar anak
August 27, 2026· Politik
SPRM reman bekas Pengerusi dan KSP berkait RCI TH
4 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
RM14.7 juta, mata wang asing dan emas: Ismail Sabri didakwa
4 jam lalu · Politik
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
16 jam lalu · Politik
Kes pengisytiharan harta: Ismail Sabri akan didakwa esok
20 jam lalu · Politik
Mahkamah kekal keputusan, Ketua Menteri P. Pinang menang kes saman fitnah
24 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji: Kerajaan tidak akan kompromi dan tindakan tegas diambil
August 26, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok