Undi tertinggi dalam pertandingan MPP, Fahmi bersyukur dengan sokongan

May 23, 2025 · Politik

Keputusan bagi pemilihan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) menyaksikan Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil memperoleh undi tertinggi berbanding calon-calon lain.

Berterima kasih dan bersyukur atas sokongan akar umbi, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi menganggap pencapaian itu sebagai satu amanah besar yang harus dipikul bersama-sama barisan kepimpinan baharu parti.

“Saya amat terkejut tetapi pada masa yang sama amat bersyukur kerana diberi kepercayaan dan sokongan luar biasa daripada rakan-rakan serta ahli parti.

“Ini bukan kemenangan peribadi, tetapi satu amanah besar yang saya dan seluruh barisan kepimpinan baharu perlu galas bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas keputusan diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR, Dr Zaliha Mustafa.

Keputusan itu diumumkan sejurus selepas Konvensyen Nasional PKR dirasmikan oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru, pada malam Jumaat.

Menurut Fahmi, fokus utama kini adalah memperkukuhkan gerak kerja parti di semua peringkat sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Saya jangka rakan-rakan pimpinan akan mengambil sedikit masa untuk turun ke kawasan masing-masing, menyantuni anggota dan masyarakat. Selepas itu, kita akan gerakkan jentera parti hingga ke akar umbi.

“Pesanan Datuk Seri Presiden juga jelas, iaitu kita mesti kukuhkan hubungan antara pimpinan pusat dan anggota akar umbi dengar suara mereka dan bantu dalam apa juga isu yang mereka hadapi,” tambahnya.

Selain Fahmi, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet turut memenangi jawatan Ahli MPP PKR bagi penggal 2025–2028.

Pemilihan kali ini menyaksikan seramai 251 calon menawarkan diri untuk bertanding, merangkumi 104 pencalonan bagi MPP, 85 calon bagi Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK), dan 62 bagi Majlis Pimpinan Wanita.

Berita berkaitan
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
August 24, 2026· Politik
UMNO perlukan kuasa untuk ‘tikam belakang’, jadi perlu kekal dalam kerajaan: Puad
August 18, 2026· Politik
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
August 16, 2026· Politik
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
August 16, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
10 jam lalu · Politik
Kes pengisytiharan harta: Ismail Sabri akan didakwa esok
14 jam lalu · Politik
Mahkamah kekal keputusan, Ketua Menteri P. Pinang menang kes saman fitnah
17 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji: Kerajaan tidak akan kompromi dan tindakan tegas diambil
18 jam lalu · Politik
Aziz Bari gesa UMNO, PAS henti pertikai RCI Tabung Haji
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok