UMNO perlukan kuasa untuk ‘tikam belakang’, jadi perlu kekal dalam kerajaan: Puad

August 18, 2026 · Politik

UMNO didakwa tidak akan menarik diri daripada Kerajaan Madani kerana kedudukan dalam kerajaan memberi ruang kepada parti itu untuk melakukan tindakan politik dari dalam, dakwa Puad Zarkashi.

Menurut bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu, keputusan untuk kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga akhir penggal seperti dinyatakan Ahli MKT UMNO, Ahmad Maslan, tidak semestinya menggambarkan pendirian politik yang ikhlas.

“Kalau mahu kestabilan, kenapa pakat dengan Perikatan Nasional (PN) di PRN Johor dan Negeri Sembilan? Bukan sedikit tetapi terlalu banyak serangan terhadap Kerajaan Pusat berlaku.

“BN akan terus menikam belakang di PRN Melaka sebelum PRU ke-16. Satu sebab mereka tidak mahu ‘pull the plug’ kerana tanpa kuasa sukar melakukan tikaman belakang yang efektif,” katanya menerusi kenyataan di media sosial.

Puad turut mendakwa Ahmad menyedari terdapat beberapa pemimpin UMNO yang “vulnerable” kepada tindakan mahkamah dan menyifatkan Kerajaan Pusat sebagai tempat untuk berlindung.

“Lagi pun Ahmad Maslan sedar beberapa pemimpin UMNO adalah ‘vulnerable’ kepada tindakan mahkamah. Kerajaan Pusat adalah imuniti untuk berlindung,” dakwanya.

Kenyataan itu hadir selepas Ahmad menegaskan UMNO akan terus menyokong Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal bagi memastikan kestabilan politik dan pentadbiran negara tidak terganggu.

Ahmad berkata UMNO mempunyai kira-kira 30 kerusi Parlimen dan kerajaan masih mempunyai majoriti sekiranya parti itu keluar, namun keadaan boleh berubah sekiranya langkah itu turut diikuti wakil rakyat atau parti lain, khususnya dari Sabah dan Sarawak.

“Kalau kami keluar, kerajaan ini jatuh. Walaupun kami 30 kerusi, sekarang kerusi kerajaan 150. Kalau tolak 30, masih ada 120.

“Tetapi kalau kami keluar, mungkin ada orang lain lagi yang keluar. Mungkin ada daripada Sabah, daripada Sarawak mengikut jejak langkah kami. Kita tidak mahu memikirkan perkara itu. Kita ingin kestabilan hingga akhir penggal,” katanya.

Ahmad turut mengulangi pendirian Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini beberapa kali menyatakan parti itu akan kekal menyokong Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal.

Beliau berkata pendirian itu juga telah disampaikan dalam taklimat tertutup kepada Ahli Parlimen UMNO baru-baru ini.

Berita berkaitan
Zahid mahu jadi PM? Selesaikan dulu isu integriti – AMK
4 jam lalu· Politik
Lawatan sulung PMX ke Maldives beri momentum baharu hubungan dua hala: Bernama
4 jam lalu· Isu semasa
PAS tak perlu diuji, Sanusi bidas cadangan UMNO supaya lepaskan kerusi
4 jam lalu· Politik
PMX temui Mufti Besar India, fokus usaha perkukuh keharmonian agama
15 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan berkaitan kes aset TH
4 jam lalu · Politik
Puad: Zahid mahu PRU-16 dipercepat kerana mahu jadi PM
15 jam lalu · Politik
Parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu hormati mandat diberi rakyat: Azman Abidin
22 jam lalu · Politik
Jangan jadi ‘imigresen’ syurga, Islam bukan milik PAS: Amanah Selangor
22 jam lalu · Politik
UMNO kekal hingga tamat penggal, PKR sambut baik: Saifuddin Nasution
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok