Penubuhan majlis ini dilihat sebagai kesinambungan usaha kerajaan dalam memperbaiki pengurusan bencana.
Anwar Ibrahim menyeru penduduk di kawasan berisiko di Sabah supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi semua arahan pihak berkuasa, termasuk segera berpindah jika diarahkan, bagi memastikan keselamatan nyawa keluarga menjadi keutamaan.
Perdana Menteri turut menggesa pihak berkuasa dan agensi keselamatan agar meneruskan serta meningkatkan usaha menyelamat, di samping memastikan kebajikan dan keperluan asas mangsa dipenuhi dengan perlindungan terbaik sehingga keadaan pulih sepenuhnya.
“Saya berduka dengan perkhabaran bencana banjir yang semakin memburuk di Sabah tatkala lebih daripada 400 mangsa di Penampang dan Beaufort terpaksa meninggalkan kediaman untuk berlindung di pusat pemindahan sementara,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.
Tambah beliau, “Doa kami sentiasa bersama kalian.”
Bilangan mangsa banjir di Sabah dilaporkan telah meningkat kepada 409 orang daripada 110 keluarga setakat pagi ini, berbanding 154 orang daripada 54 keluarga yang direkodkan pada malam semalam.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, seramai 255 mangsa daripada 56 keluarga telah dipindahkan di Penampang, manakala 154 mangsa lagi daripada 54 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan di Beaufort.
MCMC arah turunkan lebih 271,000 kandungan scam dan judi online
MCMC perkukuh kerjasama banteras scam dalam talian dengan GASA: Fahmi
Banyak akaun palsu digunakan untuk hasilkan kandungan 3R: Fahmi
FINAS, TikTok Malaysia lancar Program Belia Kreatif
Dana RM5 juta galak belia hasilkan karya kreatif, boleh mohon 1 Jun: Fahmi
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan