Menteri Luar, Mohamad Hasan.
Isu penindasan yang berlaku di Gaza perlu diperjuangkan Asean dan mencari jalan untuk menawarkan penyelesaian berasaskan prinsip dan undang-undang antarabangsa.
Menteri Luar, Mohamad Hasan, berkata dalam dunia yang semakin berpecah dan berpolarisasi, Asean mesti menawarkan haluan berbeza dengan terus mempromosikan model yang berasaskan dialog, kerjasama dan multilateralisme.
Beliau berkata, adalah penting untuk Asean berfikir secara serius mengenai cara untuk menyumbang secara konstruktif dan positif kepada perkembangan serta perubahan global.
“Ini termasuk menyuarakan pendirian secara tegas, dengan satu suara, dalam isu yang berkaitan dengan keamanan, keadilan, kesaksamaan, nilai kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa.
“Ia termasuk dalam kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin terus mencerminkan sikap acuh tak acuh dan layanan dwi standard.
“Ini kesan langsung daripada pencabulan kedaulatan undang-undang antarabangsa. Asean perlu bersatu dalam menyuarakan golongan tertindas serta menawarkan penyelesaian berlandaskan prinsip dan undang-undang antarabangsa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ucapan pembukaan ketika mempengerusikan Mesyuarat Menteri Luar Asean (AMM) hari ini.
Pada masa sama, Mohamad berkata, Asean proaktif bertindak dalam membantu Myanmar dan Thailand menangani bencana gempa bumi.
Beliau berkata, respon pantas Asean adalah cerminan semangat belas kasihan, perpaduan dan kemanusiaan yang memberi inspirasi kepada penubuhan Asean itu sendiri.
“Ini juga bukti komitmen yang tidak berbelah bahagi keluarga Asean untuk menyokong Myanmar pada masa sukar. Tragedi ini mengingatkan kita, krisis tidak berlaku mengenali sempadan,” katanya.
Beliau berkata, Asean mahu pihak berkepentingan di Myanmar untuk menghentikan permusuhan, dan melanjutkan serta memperluas gencatan senjata,
Katanya, ia bagi memudahkan proses pemulihan dan meringankan penderitaan rakyat Myanmar.
Harga petrol tanpa subsidi naik 5 sen
Dua pembantu Najib diperintah bayar RM483,000 kepada pendakwah bebas
RCI Tabung Haji: SPRM tahan bekas pengerusi TH, bekas KSU Perbendaharaan
Kerajaan perketat kawalan platform e-dagang, terima aduan pengguna banyak: Fahmi
KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri