Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
Bacaan kedua Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) 2025 dijangka dibentangkan pada 6 Oktober ini di Dewan Rakyat, setelah ditangguhkan pada 27 Ogos lalu.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, memaklumkan perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) Bil.1/2025 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, baru-baru ini.
Beliau menegaskan akta baharu itu sangat penting untuk memastikan pembangunan semula kawasan usang dilakukan secara terancang, inklusif dan mampan.
“Akta (PSB) ini penting bagi memperbaharui kawasan usang secara terancang, lebih inklusif dengan ambang persetujuan berperingkat dan menyokong pembangunan bandar mampan,” katanya dalam satu kenyataan.
Selain RUU PSB, KPKT juga giat menjalankan sesi libat urus bagi penggubalan Akta Sewaan Kediaman serta pindaan kepada Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) dan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).
Dalam perkembangan lain, Kor Ming berkata sasaran unit Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan ditingkatkan dengan kerjasama agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi menampung permintaan tinggi.
Merujuk kepada status pelaksanaan perumahan mampu milik di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), beliau memberitahu sehingga 30 Jun lalu, sebanyak 493,874 unit atau 98.8 peratus telah disediakan, manakala baki 6,126 unit disasarkan siap menjelang akhir tahun ini.
Bagi Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP), Nga berkata seramai 93,231 pemohon telah diluluskan dengan jumlah pembiayaan dijamin mencecah RM22.14 bilion setakat 31 Julai lalu.
“67 peratus penerima adalah dalam kalangan pembeli rumah bernilai RM300,000 ke bawah, selari dengan agenda perumahan mampu milik kerajaan. Majoriti kelulusan diberikan kepada golongan B40,” jelasnya.
Beliau turut menekankan kepentingan literasi kewangan dalam kalangan sasaran bagi meningkatkan akses pembiayaan dan amalan pengurusan kewangan yang lebih baik.
Harga petrol tanpa subsidi naik 5 sen
Dua pembantu Najib diperintah bayar RM483,000 kepada pendakwah bebas
RCI Tabung Haji: SPRM tahan bekas pengerusi TH, bekas KSU Perbendaharaan
Kerajaan perketat kawalan platform e-dagang, terima aduan pengguna banyak: Fahmi
KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri