NADI pacu usahawan tempatan ke arena e-dagang: Laporan

September 21, 2025 · Isu semasa

Inisiatif Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dikenal pasti sebagai pemangkin strategik untuk memperkasa usahawan tempatan, memacu pertumbuhan e-dagang dan meluaskan capaian pasaran perniagaan mereka.

Penganalisis ekonomi, Profesor Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff dari Putra Business School, berkata NADI memperkukuh komuniti tempatan melalui latihan kemahiran digital yang disasarkan seperti pemasaran digital, penjenamaan dalam talian dan penggunaan media sosial.

“Melalui NADI, usahawan mendapat akses kepada bengkel mengenai platform e-dagang seperti Shopee dan TikTok Shop, membolehkan mereka memasarkan dan menjual produk luar daripada komuniti tempatan mereka.

“Program ini juga menggalakkan penggunaan instrumen digital seperti ChatGPT dan Canva AI untuk meningkatkan pemasaran digital dan menyelaraskan operasi harian,” katanya dipetik laporan Bernama.

Menurutnya, inisiatif itu akan meningkatkan celik digital dalam kalangan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dengan menawarkan latihan praktikal dalam bidang penting termasuk keselamatan siber dan analisis data.

“Celik digital yang dipertingkatkan akan membolehkan PMKS berkembang dengan lebih pesat, berinovasi dalam produk dan perkhidmatan serta menembusi pasaran global,” ujarnya.

Sehingga 31 Mac 2025, seramai 4,000 usahawan telah dilatih di bawah NADI, dengan 3,390 daripadanya adalah usahawan wanita. Inisiatif itu menyasarkan untuk melengkapkan lebih ramai individu dengan kemaharan bagi mengembangkan perniagaan menerusi platform e-dagang terkemuka.

Kejayaan NADI juga diiktiraf di peringkat global apabila Projek Inklusif Digital NADI dinobatkan sebagai Juara Hadiah Sidang Kemuncak Masyarakat Maklumat Sedunia (WSIS) 2025 pada 7 Julai lalu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata anugerah itu mencerminkan pengiktirafan antarabangsa terhadap usaha MCMC untuk merapatkan jurang digital.

Beliau menggesa MCMC untuk terus memperkukuh kesemua 1,099 pusat NADI di seluruh negara dengan memperluas keupayaan, meningkatkan kelajuan Internet dan menawarkan perkhidmatan tambahan seperti e-kesihatan.

Berita berkaitan
Kes scam: Ingat arahan bos, kerani pindah RM452,000
3 jam lalu· Isu semasa
Menara FINAS buka era baharu industri filem: Fahmi
August 24, 2026· Isu semasa
JMF buat penampilan sulung, meriahkan Hari Kebangsaan: Fahmi
August 24, 2026· Isu semasa
Kos sara hidup, pelaburan jadi fokus Belanjawan 2027: Fahmi
August 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah
1 jam lalu · Isu semasa
Pendakwah terkenal didakwa seleweng dana NGO RM13 juta
3 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin meluas, 29 kawasan catat IPU tidak sihat
20 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi lemah 3.1 gegar perairan Batu Pahat
20 jam lalu · Isu semasa
Syed Azman Tokoh Perdana Maulidur Rasul, Anwar ucap tahniah kepada semua penerima
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok