Subsidi bersasar kukuhkan ekonomi dan fiskal negara, kata pakar

September 23, 2025 · Isu semasa

Langkah berterusan kerajaan dalam melaksanakan rasionalisasi subsidi dinilai bukan sahaja memastikan bantuan sampai kepada kumpulan sasaran, malah berupaya mengukuhkan kedudukan fiskal negara secara signifikan.

Menurut Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, pendekatan ini memberikan ruang fiskal yang lebih luas kepada kerajaan untuk memberi manfaat kembali kepada rakyat.

Manfaat tersebut boleh disalurkan melalui bantuan tunai serta perbelanjaan yang lebih efektif dalam sektor-sektor kritikal seperti pendidikan, kesihatan dan infrastruktur.

“Pelaksanaan ini menunjukkan komitmen kerajaan yang konsisten untuk memastikan subsidi dan bantuan hanya memanfaatkan rakyat Malaysia yang benar-benar layak.

“Pada masa sama, ia menterjemahkan ruang dasar yang lebih besar untuk dikembalikan kepada rakyat,” kata beliau dipetik laporan Harian Metro.

Tambah Dr. Mohd Afzanizam, usaha rasionalisasi subsidi ini juga menghantar isyarat positif kepada agensi penarafan kredit antarabangsa.

Keyakinan pasaran terhadap ekonomi negara dijangka meningkat ekoran langkah berkenaan.

“Ini sudah pasti menyumbang kepada penilaian positif oleh agensi penarafan, yang seterusnya boleh memberi kesan baik kepada pengukuhan nilai ringgit dan menarik lebih banyak aliran masuk modal asing,” ujarnya.

Beliau memetik data separuh pertama tahun 2025 yang menunjukkan jumlah perbelanjaan kerajaan susut 25.7 peratus kepada RM23.6 bilion berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, didorong terutamanya oleh pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel bermula Jun 2024.

Mengulas mengenai peralihan kepada sistem subsidi bersasar untuk petrol RON95 melalui Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) mulai 30 September ini, beliau melihatnya sebagai langkah penting dalam agenda reformasi fiskal.

Berhubung kebimbangan terhadap kos sara hidup, Dr. Mohd Afzanizam menegaskan bahawa kerajaan dilihat mengambil kira keseimbangan antara disiplin fiskal dan kesannya kepada rakyat.

“Berdasarkan wajaran Indeks Harga Pengguna (CPI), RON95 menyumbang lima peratus manakala diesel hanya 0.2 peratus.

“Justeru, langkah terbaru ini tidak seharusnya mencetuskan kejutan negatif yang besar kepada sistem ekonomi,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan pusat dan negeri sepakat tangani cabaran ekonomi: Anwar
10 jam lalu· Politik
BDR jimat hampir RM6 juta subsidi petrol
15 jam lalu· Uncategorized
Penyasaran subsidi diesel bawa penjimatan besar, jimat RM2 bilion setahun: Amir Hamzah
June 22, 2026· Isu semasa
Ringgit dijangka berdepan sedikit tekanan minggu depan
June 21, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Masjid Warisan TRX diteruskan, Menteri Agama beri jaminan
15 jam lalu · Isu semasa
FINAS bawa 11 syarikat tempatan ke festival animasi dunia
15 jam lalu · Isu semasa
Iran pelawa Malaysia teroka kerjasama bekalan minyak: Laporan
17 jam lalu · Isu semasa
KPDN jelaskan status sebenar Madani Mart: Armizan
17 jam lalu · Isu semasa
SPRM arah pegawai kemas kini harta, perkukuh integriti dalaman: Azalina
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok