Kerajaan kekalkan RON95 pada harga RM1.99 buat masa ini: Amir Hamzah

September 23, 2025 · Isu semasa

Harga petrol RON95 bersubsidi di bawah program Budi Madani RON95 (BUDI95) akan dikekalkan pada harga RM1.99 seliter buat masa ini.

Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan menjelaskankerajaan tidak berhasrat untuk menyemak semula harga tersebut dalam tempoh terdekat memandangkan ia merupakan janji yang telah dibuat kepada rakyat.

Beliau berkata, harga subsidi itu penting bagi memastikan rakyat terus menikmati harga bahan api yang berpatutan.

“Kadar RM1.99 adalah harga subsidi yang telah dipersetujui dan akan dikekalkan buat masa ini.

“Niatnya untuk mengekalkannya buat sementara waktu,” jelas Amir Hamzah dalam taklimat media mengenai BUDI95 hari ini.

Bagaimanapun, Amir Hamzah berkata tiada jaminan harga tersebut dapat kekal selama-lamanya.

“Saya tidak boleh menjamin ia kekal sepanjang masa kerana ia bergantung kepada keadaan semasa,” ujarnya lagi.

Mengenai pelaksanaannya, beliau memberitahu kerajaan sedang memperhalusi mekanisme had penggunaan harian bagi mengelakkan berlakunya ketirisan subsidi.

“Kita tidak mahu memberikan syarat yang ketat. Mekanisme yang bakal ditetapkan tidak akan menyusahkan rakyat,” katanya.

Antara pertimbangan tersebut adalah mengehadkan kekerapan pengisian dalam tempoh tertentu atau menetapkan had penggunaan harian.

“Mungkin mekanisme penggunaan harian adalah seperti tidak membenarkan seseorang itu mengisi setiap 10 minit kerana berkemungkinan akan digunakan untuk kepentingan lain yang menimbulkan ketirisan. Tapi yang itu nanti kita akan perhalusi,” tambahnya.

Program BUDI95 yang bermula 30 September ini membolehkan semua warganegara Malaysia yang memiliki lesen memandu aktif membeli RON95 pada harga RM1.99 seliter, iaitu lebih rendah daripada harga semasa RM2.05.

Manfaat ini adalah eksklusif untuk rakyat Malaysia, manakala warga asing akan membeli pada harga tanpa subsidi.

Amir Hamzah berkata, langkah ini membuktikan kerajaan mengotakan janji dan penjimatan daripada penyasaran subsidi akan disalurkan semula untuk program kesejahteraan rakyat.

Berita berkaitan
Keperluan bahan api dalam negara diutamakan sebelum bekal kepada Australia: PMX
18 jam lalu· Isu semasa
Diesel diterima Filipina bukan dari perut bumi Malaysia
April 15, 2026· Isu semasa
Kerajaan teliti subsidi bersasar bagi diesel ikut kaedah BUDI95: Fahmi
April 15, 2026· Isu semasa
Harga diesel Sabah, Sarawak, Labuan kekal RM2.15: MOF
April 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pelaburan RM2 bilion perkasa usahawan bumiputera: Anwar
8 jam lalu · Isu semasa
Seorang didakwa, lima dikompaun kes berita palsu isu minyak: MCMC
9 jam lalu · Isu semasa
Harga beras Asia naik mendadak ekoran krisis Asia Barat
18 jam lalu · Isu semasa
Dron AS bernilai AS$238 juta hilang semasa operasi di Iran: Laporan
18 jam lalu · Isu semasa
Pemandu bas, teman wanita direman kes video tular riba sambil memandu
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok