RTMKlik catat 11.2 juta muat turun, Fahmi ucap terima kasih atas sokongan

November 28, 2026 · Isu semasa

Aplikasi penstriman rasmi Radio Televisyen Malaysia (RTM), RTMKlik, mencatatkan pencapaian memberangsangkan apabila merekodkan 11.2 juta muat turun setakat ini, sekali gus menunjukkan peningkatan ketara penggunaan platform digital penyiar nasional itu.

Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Ashwad Ismail berkata, jumlah muat turun RTMKlik meningkat secara konsisten sejak 2024 sebelum melonjak lebih tinggi pada tahun ini.

Menurutnya, aplikasi itu merekodkan 4.5 juta muat turun pada 2024 sebelum meningkat kepada 6.7 juta pada 2025 dan kini mencapai 11.2 juta muat turun.

“Jika dilihat secara keseluruhan, kita merekodkan 4.5 juta muat turun pada 2024 sebelum meningkat kepada 6.7 juta pada 2025, dan kini melonjak kepada 11.2 juta muat turun,” katanya menerusi perkongsian video bersama Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, kejohanan bola sepak Piala Dunia FIFA turut menjadi antara pemangkin utama kepada peningkatan berkenaan apabila menyumbang sebanyak 3.6 juta muat turun baharu.

Sementara itu, Fahmi berkata, RTMKlik menyediakan kemudahan kepada orang ramai untuk mengakses pelbagai kandungan tempatan secara percuma tanpa mengira lokasi dan masa.

Menurutnya, pengguna boleh menikmati siaran televisyen, mendengar radio, mengikuti perkembangan berita serta menonton pelbagai acara sukan menerusi satu aplikasi.

“Dengan RTMKlik, anda boleh menikmati siaran televisyen, mendengar radio, menonton berita, sukan dan pelbagai kandungan tempatan. Seperti yang selalu kita sebut, muat turun RTMKlik, segalanya percuma,” katanya.

Fahmi turut menghargai sokongan orang ramai terhadap platform berkenaan yang menjadi antara usaha RTM memperluaskan capaian kandungan penyiaran awam menerusi teknologi digital.

RTMKlik merupakan platform penstriman digital RTM yang membolehkan pengguna mengakses saluran televisyen dan radio, selain kandungan berita serta program tempatan menerusi telefon pintar dan peranti digital lain.

Peningkatan jumlah muat turun itu mencerminkan perubahan corak penggunaan media dalam kalangan masyarakat yang semakin bergantung kepada platform digital untuk mendapatkan maklumat dan mengikuti perkembangan semasa.

Berita berkaitan
Jumlah pusat NADI meningkat kepada 1,099 tahun ini
November 28, 2026· Isu semasa
Fahmi saran orang ramai guna AI semak berita palsu
November 28, 2026· Isu semasa
MySiren diuji esok, telefon bimbit bakal terima amaran serentak
5 jam lalu· Isu semasa
Isu cip Nvidia: Malaysia arah syarikat elak urus niaga dengan firma disekat AS
November 27, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia masih negara aman, jangan samakan dengan Colombia: Saifuddin Nasution
November 28, 2026 · Isu semasa
Pengurusan institusi kerajaan perlu bebas pengaruh politik: Anwar
November 28, 2026 · Isu semasa
Asyraf tegur hiburan konsert di konvokesyen UniKL, arah semak etika
5 jam lalu · Isu semasa
Anwar arah siasatan penuh kes seludup dadah guna pesawat TUDM
5 jam lalu · Isu semasa
MINDEF tidak lindungi anggota tentera terbabit dadah: Khaled Nordin
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok