Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).
Jumlah Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negara meningkat kepada 1,099 tahun ini berbanding 911 pusat pada 2022, sekali gus memperluas akses kemudahan digital kepada masyarakat, khususnya di kawasan komuniti.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pertambahan sebanyak 188 pusat atau peningkatan 20.6 peratus itu membolehkan lebih ramai penduduk menikmati kemudahan akses digital, mengikuti latihan kemahiran serta meneroka peluang keusahawanan.
Menurut beliau, perkembangan itu mencerminkan usaha kerajaan memperluas kemudahan digital supaya manfaat teknologi dapat dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat.
“Akses digital, latihan kemahiran dan peluang keusahawanan semakin dekat dengan komuniti,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Berdasarkan infografik Kementerian Komunikasi yang dikongsikan Fahmi, sebanyak 911 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) beroperasi pada 2022 sebelum jumlahnya meningkat kepada 1,099 pusat NADI pada 2026.
NADI sebelum ini dikenali sebagai PEDi sebelum dijenamakan semula pada 2024 sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh peranannya dalam memperluas penyertaan masyarakat dalam ekonomi digital.
Inisiatif itu diterajui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP).
Selain menyediakan kemudahan capaian internet, NADI berperanan sebagai pusat pembelajaran dan pembangunan kemahiran digital, termasuk membantu komuniti meningkatkan keupayaan menggunakan teknologi serta memanfaatkan platform digital untuk menjana pendapatan.
Pertambahan pusat berkenaan dilihat penting dalam merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar, selain memastikan lebih ramai rakyat mempunyai peluang menyertai perkembangan ekonomi berasaskan teknologi.
Malaysia masih negara aman, jangan samakan dengan Colombia: Saifuddin Nasution
Pengurusan institusi kerajaan perlu bebas pengaruh politik: Anwar
Asyraf tegur hiburan konsert di konvokesyen UniKL, arah semak etika
Anwar arah siasatan penuh kes seludup dadah guna pesawat TUDM
MINDEF tidak lindungi anggota tentera terbabit dadah: Khaled Nordin
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib