Kes rasuah.
Seorang Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru sahaja melaporkan diri untuk bertugas, telah ditahan oleh polis dalam satu serbuan berkaitan dadah semalam.
Insiden itu berlaku di kediaman pegawai terbabit, yang disyaki memiliki bahan terlarang.
SPRM dalam kenyataannya pada hari ini mengesahkan penahanan tersebut dan menyatakan bahawa pihak berkuasa telah menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian.
“Pemeriksaan lanjut turut menemui bahan terlarang di lokasi penahanan,” menurut kenyataan suruhanjaya itu.
Suruhanjaya tersebut menegaskan komitmen teguhnya terhadap integriti dan menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak polis.
“SPRM menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut dan memberi jaminan akan memberikan kerjasama sepenuhnya,” katanya.
Tambah kenyataan itu, SPRM tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku atau jenayah yang melibatkan mana-mana pegawai dan kakitangannya.
“SPRM komited memastikan integriti serta tadbir urus organisasi sentiasa dipelihara,” tegasnya.
Penahanan ini telah mengejutkan ramai memandangkan pegawai terbabit merupakan seorang pendakwa raya yang diharapkan dapat memikul tanggungjawab menjaga integriti dalam sistem pentadbiran negara.
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib