Kerajaan tambah tiga kategori penerima baru BUDI Madani: MOF

October 7, 2025 · Isu semasa

Seramai 31,000 rakyat ditambah sebagai penerima baharu manfaat subsidi bersasar BUDI Madani RON95 (BUDI95) mulai Selasa, sebagai langkah Kerajaan Madani memperkukuh jaringan bantuan kepada rakyat.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF), tiga kumpulan baharu yang disasarkan termasuk lebih 17,900 nelayan berdaftar, lebih 4,300 pemilik bot persendirian di Sabah, dan lebih 9,700 pemegang lesen memandu baharu.

Semua mereka kini berhak membeli minyak RON95 pada harga RM1.99 seliter, berbanding harga tanpa subsidi RM2.60.

“Dengan peluasan ini, mereka kini sebahagian daripada lebih 16 juta rakyat yang menikmati harga subsidi RON95,” menurut kenyataan MOF.

Kementerian itu juga sedang memuktamadkan data pengguna bot tanpa lesen memandu di Sabah dan Sarawak, sementara perbincangan dengan syarikat e-hailing untuk menambah siling bulanan melebihi 300 liter bagi pemandu sepenuh masa sedang dijalankan.

Langkah ini bagi memastikan kelangsungan pekerjaan pemandu e-hailing tidak terjejas.

“Kerajaan Madani kekal komited memastikan program subsidi bersasar ini berjalan dengan lancar, telus dan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat,” tegas kenyataan tersebut.

MOF turut memberi jaminan pemantauan dan penambahbaikan berterusan akan dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan inisiatif ini.

Orang ramai boleh merujuk soalan lazim melalui portal rasmi BUDI MADANI atau menghubungi talian bantuan di 1-300-88-9595 untuk maklumat lanjut.

Portal tersebut turut dilengkapi ciri semakan sejarah transaksi yang boleh diakses melalui MyDigital ID bagi menjamin keselamatan data.

Berita berkaitan
BDS sokong larangan Waze, minta pertimbang juga tamatkan kontrak AWS
20 jam lalu· Isu semasa
MOF belum putuskan bantuan kewangan untuk AirAsia
October 19, 2026· Isu semasa
Hampir RM11 bilion STR, SARA disalur hingga September
October 19, 2026· Isu semasa
MoF buka ruang rayuan bantuan untuk M40 terjejas bila-bila masa
October 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pengendali aplikasi TuJu mohon maaf, navigasi dijangka pulih 6 November
14 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat Facebook gagal sekat video serangan guru: Fahmi
17 jam lalu · Isu semasa
Peminjam PTPTN bergaji RM2,500 hanya perlu bayar RM50 sebulan: Adam Adli
17 jam lalu · Isu semasa
Peguam kelahiran Malaysia dilantik ketua rangkaian guaman global
17 jam lalu · Isu semasa
Tiada syarikat malaysia terbabit pembakaran hutan Indonesia: Fahmi
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok