Peguam kelahiran Malaysia dilantik ketua rangkaian guaman global

October 23, 2026 · Isu semasa

Peguam kelahiran Malaysia, Joanne Vengadesan, bakal mencipta sejarah apabila dilantik sebagai pengerusi Multilaw, rangkaian antarabangsa firma guaman yang beroperasi di lebih 100 negara.

Joanne, yang kini berkhidmat di United Kingdom (UK), dipilih sebagai pengerusi bakal dilantik atau ‘chair-elect’ pada persidangan global Multilaw di Prague awal bulan ini.

Beliau akan memulakan penggal dua tahun pada September 2027, menggantikan peguam Australia, Paul Kirton.

Multilaw menghubungkan firma guaman bebas menerusi kira-kira 300 pejabat di seluruh dunia bagi membantu pelanggan menguruskan urusan perundangan merentas negara. Firma guaman Malaysia yang menjadi anggotanya ialah Lee Hishammuddin Allen & Gledhill.

Joanne memulakan kerjaya sebagai peguam harta intelek di Kuala Lumpur selepas diterima masuk ke Badan Peguam Malaysia pada 1997. Beliau kemudian berpindah ke UK dan membina kerjaya selama 25 tahun dalam bidang perundangan.

Kini, beliau merupakan rakan kongsi di firma guaman Penningtons Manches Cooper yang berpangkalan di London, selain mengetuai kumpulan sektor teknologi firma itu dengan pengkhususan dalam kecerdasan buatan (AI), teknologi dan data.

Walaupun menetap di UK, Joanne terus mengekalkan hubungan rapat dengan Malaysia, termasuk menyampaikan ceramah berkaitan AI dan teknologi digital pada program anjuran Badan Peguam Malaysia.

Beliau turut menganggotai lembaga pengarah Multilaw bersama peguam Malaysia, Andrew Chiew.

Mengulas latar belakangnya, Joanne berkata pengalaman sebagai rakyat Malaysia yang bekerja di UK memberikan perspektif tersendiri dalam kerjaya antarabangsa.

“Saya menyukai perspektif yang diberikan oleh pengalaman sebagai rakyat Malaysia dan bekerja di UK. Malaysia begitu berbilang budaya sehingga kita membesar dengan selesa dan berasa seperti di rumah bersama pelbagai komuniti dan budaya,” katanya.

Joanne merupakan anak kepada bekas duta Malaysia, R Vengadesan, yang pernah berkhidmat di beberapa negara termasuk Itali dan Namibia. Beliau turut menghabiskan sebahagian zaman kanak-kanaknya di Belgium dan Thailand sebelum melanjutkan pengajian di UK.

Ketua Pegawai Eksekutif Penningtons Manches Cooper, Helen Drayton, menyambut baik pelantikan itu dan menyifatkannya sebagai pengiktirafan terhadap bakat, komitmen serta hubungan kerja erat Joanne dengan rakan sekerja dan anggota Multilaw.

Sementara itu, Andrew berkata beliau yakin rangkaian berkenaan akan berada di bawah kepimpinan yang baik apabila Joanne mengambil alih jawatan itu tahun depan.

“Dan bukan calang-calang, beliau juga merupakan rakyat Malaysia,” katanya.

Pelantikan itu mencerminkan pengiktirafan terhadap kepakaran profesional Malaysia dalam arena perundangan antarabangsa, khususnya dalam bidang teknologi yang semakin berkembang pesat.

Berita berkaitan
BDS sokong larangan Waze, minta pertimbang juga tamatkan kontrak AWS
3 jam lalu· Isu semasa
Jerebu: Malaysia tuntut Indonesia bertindak, bawa isu ke ASEAN
October 22, 2026· Isu semasa
72 rakyat Malaysia ditahan dalam kes dadah di luar negara: Polis
October 22, 2026· Isu semasa
Ekonomi negara kekal berkembang, sektor pembuatan mengukuh
October 16, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MCMC siasat Facebook gagal sekat video serangan guru: Fahmi
October 23, 2026 · Isu semasa
Peminjam PTPTN bergaji RM2,500 hanya perlu bayar RM50 sebulan: Adam Adli
October 23, 2026 · Isu semasa
Tiada syarikat malaysia terbabit pembakaran hutan Indonesia: Fahmi
2 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Waze mungkin diharamkan demi keselamatan negara
2 jam lalu · Isu semasa
Kes cabul anak pegawai kanan polis: Arkitek bergelar Datuk dihadapkan ke mahkamah
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok