Kerajaan perhebat langkah perangi scam dan buli siber: Fahmi

October 14, 2025 · Isu semasa

Kerajaan mempergiat usaha memerangi jenayah penipuan (scam) dan buli siber yang semakin berleluasa melalui pendekatan bersepadu merangkumi penguatkuasaan undang-undang, peraturan lebih ketat dan kerjasama antara agensi.

Langkah drastik ini diumumkan bagi menangani kebimbangan awam yang semakin meningkat, terutamanya kesan jenayah tersebut terhadap kesejahteraan mental mangsa, termasuk golongan remaja.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Padang Rengas, Azahari Hasan memberitahu beberapa inisiatif diambil untuk mengekang kandungan yang memudaratkan, ia melibatkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebagai pihak berkuasa yang memainkan peranan penting dalam menurunkan kandungan berbahaya.

“Data sehingga September 2025 menunjukkan sebanyak 133,348 kandungan penipuan (95%) dan 38,470 kandungan buli (77%) berjaya diturunkan berdasarkan aduan dan garis panduan.

“Kerjasama erat antara agensi adalah kunci,” menurut Fahmi dalam jawapan di Parlimen hari ini.

“MCMC menyediakan bantuan teknikal dan forensik digital bagi melancarkan siasatan pihak berkuasa,” tambahnya lagi.

Langkah proaktif turut diperkukuh dengan pelaksanaan keperluan pelesenan mandatori bagi penyedia perkhidmatan media sosial bermula 1 Januari 2025 di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Ini bagi memastikan mereka lebih bertanggungjawab menguruskan operasi dan kandungan di Malaysia.

Dari sudut perundangan, kerajaan juga telah menggubalAkta Keselamatan Dalam Talian 2025 [Akta 866] yang akan memberikan rangka kerja kawal selia yang lebih komprehensif.

“Akta baru ini akan mengawal selia kandungan memudaratkan dan mewajibkan obligasi kepada pemberi perkhidmatan aplikasi bagi mengekang isu seperti penipuan dan buli dalam talian,” jelasnya lag.

Bagi menangani isu buli siber secara khusus, Jawatankuasa Khas telah ditubuhkan pada Julai 2024 yang melibatkan pelbagai kementerian dan agensi.

Ini disusuli dengan penubuhan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Buli peringkat Jemaah Menteri pada Ogos 2025, yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), bagi menggubal undang-undang dan melaksanakan pendekatan menyeluruh merangkumi pencegahan, pendidikan, dan penguatkuasaan.

Tindakan pantas terhadap jenayah dalam talian juga dilaksanakan melalui platform strategik Jawatankuasa Jenayah Siber PDRM–MCMC, yang membolehkan tindak balas yang lebih efektif.

Berita berkaitan
CTPR: MCMC perkukuh kapasiti kawal selia digital Malaysia, ASEAN
13 jam lalu· Isu semasa
Fahmi: Politik kebencian dan sentimen perkauman tak selesaikan masalah rakyat
July 26, 2026· Politik
Fahmi: Politik sepatutnya menyatupadukan rakyat, tindakan pemimpin PAS dikritik
July 25, 2026· Politik
MCMC perkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi Program MADANI Kita
July 25, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Aminuddin gesa tindakan tegas terhadap pihak hina institusi diraja
11 jam lalu · Isu semasa
RCI Tabung Haji: Kerajaan buat keputusan Rabu ini
12 jam lalu · Isu semasa
Jangan heret istana dalam politik : Istana Negeri Sembilan
15 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi menjelang PRN Negeri Sembilan: Bernama
18 jam lalu · Isu semasa
Tiada pemimpin boleh hina mana-mana kaum, PM ingatkan Sanusi
July 25, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
3 jam lalu
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok