Kempen Internet Selamat diperluas ke 22 buah Sekolah di Sipitang

October 15, 2025 · Isu semasa

Komitmen kerajaan dalam memupuk budaya internet yang selamat dalam kalangan generasi muda diteruskan dengan kehadiran Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, ke Program Kempen Internet Selamat (KIS) di Sekolah Kebangsaan Sindumin, Sipitang hari ini.

Program yang dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu telah berjaya dilaksanakan di 22 buah sekolah di daerah Sipitang.

Seramai 90 orang murid tahap dua menyertai program di SK Sindumin, yang diadakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Menurut kenyataan MCMC, baki pelaksanaan KIS di tujuh buah sekolah lagi di daerah ini akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi memastikan kempen ini menjangkau setiap sekolah di Sipitang.

“Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen MCMC dalam memperkukuh literasi digital dan membentuk budaya penggunaan internet yang selamat serta bertanggungjawab dalam kalangan pelajar,” jelas kenyataan tersebut.

Sejak dilancarkan pada Januari lalu, KIS telah memberi manfaat kepada 434 institusi pendidikan di seluruh Sabah.

Secara keseluruhannya, inisiatif itu telah menjangkau 4,734 institusi pendidikan di seluruh negara.

Bagi memperkukuh impak program, MCMC menjalin kerjasama strategik merentas kementerian, agensi kerajaan dan pihak industri.

“Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan kefahaman dalam kalangan pelajar, malah turut menggalakkan sokongan padu daripada pihak sekolah dan komuniti dalam merealisasikan aspirasi ‘Internet Kita, Internet Selamat’,” tambah kenyataan MCMC.

Kerjasama erat ini diharap dapat melindungi pengguna muda daripada bahaya dalam talian sambil memaksimumkan faedah dunia digital.

Berita berkaitan
Soalan-Soalan Lazim (FAQ): Apakah itu MySiren?
18 jam lalu· Rencana
MySIREN lebih pantas daripada SMS, data pengguna kekal selamat: Fahmi
19 jam lalu· Isu semasa
MySIREN dilancar, amaran kecemasan terus ke telefon bimbit
20 jam lalu· Isu semasa
Eksekutif rugi RM617,000 diperdaya pelaburan aksesori kereta
November 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jangan abaikan madrasah dalam mengejar kemajuan negara: Anwar
13 jam lalu · Isu semasa
SPR daftar hampir 42,000 pengundi baharu pada Oktober
17 jam lalu · Isu semasa
Penempatan Rohingya: AMK persoal pengumuman Zahid
23 jam lalu · Isu semasa
Penempatan Rohingya ke Turkiye: Zahid umum lulus, Mat Sabu kata Kabinet belum bincang
23 jam lalu · Isu semasa
Eksport Malaysia cecah RM1.81 trilion, rekod tertinggi sejak 1990
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok