Dr Muhamad Akmal Saleh.
Tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menerima kritikan berterusan susulan kejadian menegur soalan seorang wartawan dalam satu majlis baru-baru ini.
Terbaharu, Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh mengkritik Kor Ming yang didakwanya berubah selepas menjadi sebahagian daripada kerajaan sehingga bertindak keterlaluan terhadap pengamal media pula.
“Hari ni bila jadi menteri koyak dengan soalan wartawan dan siap ugut untuk dikenakan tindakan keatas wartawan pula,” kata Akmal dalam satu hantaran di Facebook.
Insiden itu berlaku semasa program pra pelancaran projek ‘I Lite U’, apabila seorang wartawan mempersoalkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai tema projek berkenaan.
Kor Ming menjelaskan penggunaan bahasa Inggeris adalah sesuai bagi menarik pelancong antarabangsa memandangkan ia acara pelancongan.
Namun, tindakan Kor Ming yang seterusnya memberitahu akan menghubungi ketua pengarang akhbar berkenaan mengenai soalan itu telah mencetuskan bantahan.
Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) membidas tindakan itu sebagai tidak wajar dan satu cubaan untuk menakut-nakutkan serta menekan kebebasan media.
Pandangan yang sama turut disuarakan oleh Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong, yang menyifatkan perbuatan Nga bercanggah dengan semangat Kerajaan Madani.
“Sebagai seorang pemimpin, beliau sepatutnya menghormati peranan media sebagai rakan semak dan imbang dalam memastikan pentadbiran yang telus dan berintegriti,” tegas Choo Seong.
“Wartawan menjalankan tanggungjawab profesional bagi mendapatkan penjelasan terhadap isu-isu berkepentingan awam, bukan untuk menyerang mana-mana pihak,” tambahnya lagi.
Samsuri tandatangan watikah hanya selepas rundingan PAS-BN gagal: Marzuki
172 calon rebut 56 kerusi DUN Johor, saingan lima penjuru di tiga kerusi: SPR
Maszlee tawar agenda baharu demi Johor, kerajaan negeri seiring dengan persekutuan
Kempen PRN dipantau 24 jam, orang ramai diminta bantu bendung berita palsu: Fahmi
Calon ‘underdog’ PH lawan Onn Hafiz sedia beri saingan sengit di DUN Machap
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar