Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim, menegaskan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat adalah bersifat profesional dan tidak mempunyai sebarang unsur politik.
Perdana Menteri menjelaskan tanggapan kenyataan AGC itu bukan satu bentuk jawapan politik, sambil menekankan peranan penting institusi tersebut dalam memastikan integriti undang-undang negara terpelihara.
“Ulasan AGC itu diperlukan bagi memastikan tiada peruntukan dalam perjanjian yang bercanggah dengan semangat Perlembagaan,” tegas Anwar semasa sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat.
“Kenyataan dikeluarkan AGC adalah kerana mereka teliti. Janganlah kata politik. Apa yang politiknya? Apa salahnya? Kalau kita minta AGC buat kenyataan semata-mata untuk pertahankan kerajaan, itu baharu politik,” jelasnya bagi menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan di Dewan Rakyat.
Anwar menekankan AGC memainkan peranan penting dalam proses membuat keputusan, dan input daripada Peguam Negara telah diambil kira oleh Jemaah Menteri.
“Saya tegaskan, dari segi undang-undang dan perjanjian antara negara, AGC itu mempunyai kedudukan penting,” ujarnya.
Sebelum ini, AGC telah mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan bahawa Malaysia mempunyai hak mutlak untuk menamatkan ART pada bila-bila masa melalui pemberitahuan bertulis, tanpa memerlukan persetujuan daripada Amerika Syarikat, berdasarkan Perkara 7.5 perjanjian tersebut.
Menurut AGC, pelaksanaan kewajipan dan komitmen di bawah perjanjian ini oleh Malaysia adalah tertakluk kepada undang-undang dan tatacara domestik Malaysia yang terpakai, sekali gus menjamin kedaulatan dan kepentingan negara sentiasa terpelihara.
RCI Tabung Haji bukti politik perlu berasaskan fakta
BDR jimat hampir RM6 juta subsidi petrol
AMK Melaka desak penjelasan Ketua Menteri berhubung isu bubar DUN
Isu saham Azam Baki timbul lagi susulan laporan Bloomberg
SPRM sedang kesan Adam Radlan berkaitan siasatan projek MEX II
[VIDEO] Anak perantauan digesa balik, undi calon PH demi masa depan Negeri Sembilan
[VIDEO] NGO Melayu N9 seru rakyat pertahan kestabilan dan agenda pembangunan, tolak fitnah dan sentimen kaum