AMK Melaka desak penjelasan Ketua Menteri berhubung isu bubar DUN

June 3, 2026 · Uncategorized

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Melaka menggesa Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh, tampil menjelaskan kepada rakyat mengenai tarikh sebenar pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bagi mengelakkan sebarang spekulasi politik.

Ketua AMK Melaka, Hakimin Mokhtar berkata, perkembangan politik di Johor yang menyaksikan DUN negeri itu dibubarkan lebih awal berkuat kuasa 1 Jun lalu wajar dijadikan perhatian kerana situasi sama berkemungkinan berlaku di Melaka.

Menurut beliau, alasan pembubaran awal DUN Johor bagi mendapatkan mandat baharu demi kestabilan kerajaan negeri menimbulkan persoalan kerana penggal pentadbiran negeri itu sepatutnya hanya berakhir pada April 2027.

“Tiada krisis, tiada keruntuhan kerajaan. Hanya kitaran masa yang menguntungkan BN semata-mata.

“Ini jelas mendedahkan bahawa pembubaran awal ini adalah manuver taktikal, bukannya demi kepentingan perkhidmatan awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Untuk rekod, Melaka pernah berdepan krisis politik pada 2021 selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap kerajaan negeri ketika itu sehingga membawa kepada pembubaran DUN dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Dalam PRN tersebut, Barisan Nasional (BN) berjaya memperoleh kemenangan besar dan membentuk kerajaan negeri baharu.

Hakimin berkata, tempoh pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka dijangka berakhir pada 30 November 2026, namun PRN boleh diadakan lebih awal sekiranya DUN dibubarkan.

Katanya, rakyat tidak seharusnya dijadikan mangsa percaturan politik yang hanya mengutamakan kepentingan parti tertentu.

“Jika BN Melaka mengikut acuan yang sama, rakyat Melaka juga akan berdepan pilihan raya yang ditentukan masa dan strateginya oleh BN, bukan berdasarkan keperluan sebenar rakyat,” ujarnya.

Beliau turut mendakwa negara dijangka berdepan beberapa pilihan raya penting dalam tempoh 18 bulan akan datang yang boleh memberi kesan kepada ekonomi dan perbelanjaan awam.

“Setiap kali pilihan raya diadakan secara berasingan dan mengikut kepentingan parti, kos ditanggung oleh pembayar cukai, tumpuan terhadap ekonomi terganggu dan rakyat terpaksa berulang kali dieksploitasi sebagai pengesah mandat,” katanya.

Sehubungan itu, AMK Melaka mahu kerajaan negeri lebih telus dan memberi penjelasan awal kepada rakyat sekiranya terdapat perancangan untuk membubarkan DUN dalam masa terdekat.

Berita berkaitan
Darjah Kebesaran Rais Yatim ditarik balik serta-merta: Istana NS
11 jam lalu· Politik
PRN Negeri Sembilan: Politik idea atau politik perkauman, siapa sebenarnya menang?
14 jam lalu· Politik
Anwar: Tiada siapa kebal, laporan RCI TH didedah supaya salah laku disiasat
14 jam lalu· Politik
PRN NS: Loke dakwa difitnah pemimpin UMNO konon bakal jadi MB
22 jam lalu· Politik
Lagi Uncategorized terkini
RCI Tabung Haji bukti politik perlu berasaskan fakta
5 jam lalu · Uncategorized
BDR jimat hampir RM6 juta subsidi petrol
June 23, 2026 · Uncategorized
Isu saham Azam Baki timbul lagi susulan laporan Bloomberg
February 10, 2026 · Uncategorized
SPRM sedang kesan Adam Radlan berkaitan siasatan projek MEX II
November 15, 2025 · Uncategorized
AGC jelaskan kedudukan ART, bukan isu politik: Anwar
November 4, 2025 · Uncategorized
Video / Foto
Altimet gesa tumpuan diberi kepada nasib pendeposit Tabung Haji
2 jam lalu
[VIDEO] Jangan tertipu ‘cium mulut’ BN dan PAS, jangan beri satu undi pun kepada UMNO
July 29, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok