BDR jimat hampir RM6 juta subsidi petrol

June 23, 2026 · Uncategorized

Inisiatif bekerja dari rumah (BDR) yang dilaksanakan dalam perkhidmatan awam sejak pertengahan April lalu berjaya menjimatkan RM5.98 juta subsidi petrol RON95 bersamaan 3.13 juta liter setakat hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar berkata pencapaian itu menunjukkan langkah pendigitalan dan pengurusan kerja yang lebih fleksibel mampu memberi impak positif kepada kewangan negara, khususnya dalam mengurangkan penggunaan bahan api bersubsidi.

Menurut beliau, data tersebut direkodkan sejak pelaksanaan inisiatif BDR bermula pada 15 April lalu dan ia membantu kerajaan menangani tekanan kewangan akibat ketidaktentuan bekalan global.

“Dalam Mesyuarat Kerajaan Digital yang saya pengerusikan pagi ini, saya turut dimaklumkan bahawa sistem pemantauan operasi tugas menerusi aplikasi SPOT-Me telah berfungsi dengan baik sebagai mekanisme kawalan digital bagi memastikan integriti perkhidmatan awam terus terpelihara,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Beliau menjelaskan, aplikasi SPOT-Me digunakan untuk merekodkan kehadiran serta tugasan harian penjawat awam yang melaksanakan BDR, sekali gus membolehkan prestasi dan produktiviti dipantau secara lebih sistematik.

Penjimatan yang dicatatkan setakat ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding laporan pada 26 Mei lalu apabila kerajaan memaklumkan telah menjimatkan RM4.22 juta subsidi petrol RON95 bersamaan 2.14 juta liter.

Pelaksanaan BDR merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan mempercepat transformasi digital sektor awam serta mengoptimumkan perbelanjaan operasi tanpa menjejaskan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Dalam perkembangan sama, Shamsul Azri berkata, Malaysia turut mencatat kemajuan memberangsangkan dalam aspek daya saing teknologi apabila menduduki tangga ke-13 dunia bagi faktor Infrastruktur Teknologi dalam laporan Indeks Daya Saing Global 2026 yang diterbitkan Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD).

“Pencapaian ini adalah lonjakan berganda berbanding kedudukan ke-25 pada tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada pengukuhan kedaulatan data negara, penggunaan kecerdasan buatan (AI) secara selamat, integrasi MyDigital ID serta pelaksanaan pentadbiran tanpa kertas yang lebih cekap.

Menurutnya, langkah tersebut penting bagi memastikan perkhidmatan awam terus relevan dan mampu memberikan nilai sebenar kepada rakyat selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

BDR mula diperkenalkan secara lebih meluas dalam sektor awam sebagai sebahagian daripada agenda transformasi digital kerajaan, selain membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas, kos perjalanan dan kebergantungan kepada penggunaan bahan api bersubsidi.

Berita berkaitan
Belanjawan Selangor: Amirudin umum bonus dua bulan gaji penjawat awam
November 13, 2026· Isu semasa
Harga minyak RON97 turun 50 sen, RON95 turun 40 sen
November 11, 2026· Isu semasa
Kenderaan rosak akibat RON95, Petron dan Caltex tawar pampasan: Armizan
November 5, 2026· Isu semasa
Gaji minimum RM2,000 perlu seiring bantuan kos sara hidup: Amir Hamzah
November 5, 2026· Isu semasa
Lagi Uncategorized terkini
RM2.3 bilion untuk selenggara kuarters penjawat awam, pencen terendah dinaikkan
October 9, 2026 · Uncategorized
Teguran audit pulihkan RM920.91 juta wang kerajaan: Azalina
October 7, 2026 · Uncategorized
RCI Tabung Haji bukti politik perlu berasaskan fakta
July 30, 2026 · Uncategorized
AMK Melaka desak penjelasan Ketua Menteri berhubung isu bubar DUN
June 3, 2026 · Uncategorized
Isu saham Azam Baki timbul lagi susulan laporan Bloomberg
February 10, 2026 · Uncategorized
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
19 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 17 Nov – Ismail letak jawatan, kerajaan Madani stabil dan lawatan Macron
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok