Ringgit catat prestasi terbaik dalam tempoh setahun

November 7, 2025 · Isu semasa

Mata wang Ringgit menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan mengukir kedudukan terkuatnya dalam tempoh lebih setahun pada hari ini, didorong oleh prospek ekonomi yang lebih cerah dan aliran masuk modal asing.

Mengikut laporan Bloomberg, mata wang tempatan itu meningkat 0.1 peratus kepada RM4.1790 berbanding dolar Amerika Syarikat, mencatatkan paras tertinggi sejak Oktober tahun lalu.

Prestasi ini disokong oleh dasar monetari yang stabil, keyakinan pelabur asing, serta lonjakan dalam permintaan luaran.

Seorang penganalisis yang dipetik oleh Bloomberg menyatakan, “Ekonomi Malaysia sedang menikmati manfaat daripada permintaan luaran yang kian pulih, terutamanya selepas dua rakan dagang terbesarnya, China dan AS, bersetuju melanjutkan gencatan tarif baru-baru ini.”

Faktor luaran ini turut diperkukuh dengan kejayaan Malaysia menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang dihadiri pemimpin dunia, sekaligus meningkatkan keyakinan pasaran.

Aliran masuk modal asing juga menyumbang kepada pengukuhan Ringgit.

Data menunjukkan aliran bersih masuk bon asing mencecah AS$1 bilion pada bulan Oktober, suatu perubahan ketara berbanding aliran keluar AS$1.7 bilion yang dicatatkan pada September.

Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman pada 3.00 peratus semalam turut menyumbang kepada kestabilan.

“Dasar monetari yang dijangka kekal tidak berubah untuk tempoh setahun akan datang ini memberikan keyakinan berterusan kepada para pelabur,” tambah penganalisis tersebut.

Gabungan faktor-faktor ini telah menaikkan semangat pasaran, sekaligus mendorong ringgit ke paras yang tidak dilihat dalam lebih setahun.

Berita berkaitan
Ringgit dijangka berdepan sedikit tekanan minggu depan
June 21, 2026· Isu semasa
Ringgit dibuka kukuh selepas isyarat positif perjanjian damai AS-Iran
June 16, 2026· Isu semasa
Ringgit kekal kukuh, antara mata wang terbaik Asia: Amir Hamzah
June 9, 2026· Isu semasa
Ringgit dibuka kukuh, sentimen pasaran global makin positif
May 25, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Sasar 5,010 peserta sertai latihan AI di NADI seluruh negara: Fahmi
2 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perkasa bantuan guaman syarie dengan peruntukan baharu RM1.5 juta: PMX
5 jam lalu · Isu semasa
Portal rasmi KKM diserang penggodam
8 jam lalu · Isu semasa
Isa Samad kekal dipenjara, mahkamah tolak permohonan semakan
June 26, 2026 · Isu semasa
Kerajaan masih perhalusi cadangan tangani isu Rohingya
June 26, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok