Kerajaan teliti had umur penggunaan platform permainan dalam talian

November 26, 2026 · Isu semasa

Kerajaan sedang meneliti kemungkinan memperkenalkan had umur dan mekanisme pengesahan umur bagi penggunaan platform permainan dalam talian, khususnya yang mempunyai ramai pengguna kanak-kanak dan remaja.

Menteri Komunikasi berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan kajian bagi mengenal pasti risiko serta pendekatan kawal selia yang sesuai terhadap perkhidmatan permainan dalam talian.

Bagaimanapun, kerajaan ketika ini tidak bercadang memperkenalkan syarat pelesenan khas kepada penyedia perkhidmatan permainan dalam talian seperti yang dilaksanakan terhadap platform media sosial.

Menurut jawapan bertulis kementerian kepada soalan Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor) di Dewan Rakyat, kajian berkenaan merangkumi aspek keselamatan kanak-kanak, interaksi antara pengguna, ciri dan kandungan permainan serta langkah perlindungan yang disediakan oleh pengendali platform.

” MCMC turut meneliti pendekatan dan amalan di peringkat antarabangsa bagi mengenal pasti langkah perlindungan yang bersesuaian dan berkesan,” menurut jawapan itu.

Hasil kajian berkenaan akan menjadi asas kepada kerajaan untuk menentukan keperluan memperkenalkan langkah perlindungan atau kawal selia tambahan, termasuk kemungkinan had umur dan mekanisme pengesahan umur.

Dalam perkembangan berkaitan, Forum Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) telah mengadakan rundingan awam bagi membangunkan Sub-Kod Permainan (Gaming Sub-Code) bermula 9 September hingga 24 Oktober 2026.

Proses itu turut membabitkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk pengendali gedung aplikasi, pembangun permainan tempatan dan antarabangsa, pakar keselamatan dalam talian, industri e-sukan, pengamal undang-undang serta penyelidik.

Kerajaan menegaskan sebarang langkah kawal selia akan dibuat berasaskan bukti dan mengambil kira tahap risiko, selain mengutamakan keselamatan kanak-kanak serta remaja tanpa menjejaskan pembangunan industri permainan dalam talian secara bertanggungjawab.

Berita berkaitan
Lebih 40,000 kandungan buli diturunkan, 55 kandungan jelik libatkan kanak-kanak
November 26, 2026· Isu semasa
99.5 peratus sekolah seluruh negara sudah diliputi rangkaian 4G
November 26, 2026· Isu semasa
ONSA beri tumpuan kepada pencegahan buli siber dan penipuan dalam talian
2 jam lalu· Rencana
Bubar Parlimen: Anwar minta parti politik jangan tergesa-gesa
2 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
KDN buru individu berprofil tinggi dalam sindiket dadah TUDM
November 26, 2026 · Isu semasa
Anwar: Rasuah sudah jadi masalah sistemik, tindakan tegas perlu diteruskan
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, pelabur beralih kepada aset selamat
2 jam lalu · Isu semasa
AKPS catat rampasan RM322 juta dalam tempoh 10 bulan
2 jam lalu · Isu semasa
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok