Ewon umum letak jawatan menteri Kabinet, bakal utus surat kepada PMX

November 8, 2025 · Politik

Ewon Benedick mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) malam ini selepas pelbagai spekulasi berhubung statusnya dalam kerajaan diperkatakan sebelum ini.

Pengumuman peletakan jawatan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu dibuat melalui satu muat naik di laman Facebook rasminya, Ewon Benedick Official Media.

“Saya akan mengutus surat kepada Perdana Menteri, YAB Dato Seri Anwar Ibrahim untuk memaklumkan peletakan jawatan saya sebagai anggota Kabinet Persekutuan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri di atas ruang kebersamaan dalam Kabinet Persekutuan yang mana telah menjadi ruang untuk saya perjuangkan prinsip berkaitan dengan hak-hak Sabah,” katanya dalam hantaran di akaun Facebook.

Beliau sebelum ini dilihat sebagai suara yang lantang dalam membawa agenda pembangunan dan hak negeri Sabah ke meja Kabinet.

Isu pengagihan kuasa dan 40 peratus hasil kembali kepada Sabah merupakan antara perkara yang sering ditegaskannya.

Pada Oktober lalu, media melaporkan salah satu bahagian dalam partinya, UPKO meluluskan usul yang menggesa beliau berundur sekiranya rayuan terhadap keputusan penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung Pemberian Khas Negeri Sabah difailkan pihak kerajaan.

Pada 18 Oktober, Jabatan Peguam Negara (AGC) dilaporkan akan meneliti alasan penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu sebelum mengambil sebarang tindakan susulan.

AGC dalam satu kenyataan memaklumkan mahkamah pada 17 Oktober memutuskan bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah perlu menjalankan satu lagi kajian semula terhadap Pemberian Khas Negeri Sabah bagi tempoh 1974 hingga 2022.

⁠Pada 24 Oktober lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengesahkan belum menerima notis daripada Ewon yang didakwa mahu meletak jawatan dalam Kabinet berkait isu itu.

Berita berkaitan
Anwar: Waze mungkin diharamkan demi keselamatan negara
3 jam lalu· Isu semasa
BDS sokong larangan Waze, minta pertimbang juga tamatkan kontrak AWS
4 jam lalu· Isu semasa
Anwar doakan Ustaz Wadi Annuar segera pulih selepas terlibat kemalangan
8 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
8 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN
3 jam lalu · Politik
Rafizi mahu saman Ramanan susulan kenyataan media
3 jam lalu · Politik
AGC bawa kes pembatalan pendaftaran PN ke Mahkamah Rayuan
3 jam lalu · Politik
DUN Sarawak bubar 26 Oktober ini, beri laluan PRN diadakan
4 jam lalu · Politik
Abang Johari panggil sidang media khas, DUN Sarawak bakal bubar?
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok