Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menghadiri Konvensyen Pengajian Islam Institut Pendidikan Tinggi Antarabangsa 2025 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini.
Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang merdeka, berdaulat dan bebas dalam menentukan dasar luarnya tanpa tunduk kepada tekanan mana-mana kuasa asing, termasuk Amerika Syarikat (AS).
Perdana Menteri berkata setiap keputusan yang dibuat kerajaan, termasuk dalam hal perjanjian perdagangan, sentiasa berpaksikan kepada undang-undang dan kepentingan nasional.
“Malaysia ada perjanjian yang memberi keutamaan kepada Amerika, tetapi tidak ada mana-mana peruntukan yang menghalang kita membuat keputusan berdasarkan kepentingan keselamatan negara,” katanya semasa berucap di Konvensyen Pengajian Islam Institut Pendidikan Tinggi Antarabangsa 2025 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini.
Beliau turut menafikan dakwaan mengatakan Malaysia tunduk kepada kuasa besar khususnya dalam perjanjian perdagangan dengan AS sebelum ini.
“Kalau benar kita tunduk kepada Amerika, kenapa hari Ahad saya menandatangani perjanjian dengan Presiden (Donald) Trump dan Isnin dengan China? Ini kerana Malaysia mempunyai dasar sendiri yang mengutamakan kepentingan rakyat,” jelasnya.
Anwar menegaskan kerajaan berhak untuk menilai semula atau membatalkan sebarang peruntukan dalam perjanjian antarabangsa yang didapati tidak selari dengan kepentingan negara.
Mengenai diplomasi global, Anwar mengumumkan kehadirannya di sidang G20 di Afrika Selatan minggu depan, meskipun AS memboikot.
“Kehadiran Malaysia adalah bukti negara bebas menentukan agenda diplomatik,” ujarnya.
Tidak lupa, Anwar turut berkongsi pengalamannya berbincang isu kemanusiaan di Palestin semasa pertemuan dengan Presiden AS, Donald Trump sebelum ini.
“Saya menekankan penyelesaian komprehensif untuk Gaza dan Palestin sambil menegaskan penyelesaian yang mengiktiraf hak Palestin sebagai negara merdeka dan berdaulat.
“Saya juga menegaskan pendirian Malaysia menolak kekejaman Israel di Tebing Barat. Ini isu penting dan saya tegaskan secara terbuka di hadapan Presiden Trump,” katanya.
RM33.4 juta bunga ganja dirampas, 12 ditahan: Polis Selangor
Remaja kes tikam sekolah Bandar Utama mahu kematian beramai-ramai, mahkamah diberitahu
Kes 43 barang kemas: Global Royalty boleh tuntut RM67.5 juta daripada Rosmah
Anwar luah terkilan, krisis adat Negeri Sembilan masih berlarutan: Laporan
Dua pengarah Mandiri ditahan bantu siasatan AMLA
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum