RM2 bilion untuk tingkat rangkaian dan infrastruktur digital Sabah: MCMC

November 18, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata peruntukan melebihi RM2 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim akan digunakan untuk memperkukuh rangkaian digital dan infrastruktur pintar di Sabah.

Peruntukan besar ini akan meliputi beberapa inisiatif utama, termasuk pelaksanaan Bandar Raya Pintar Kota Kinabalu, sebuah projek bernilai lebih RM300 juta hasil kerjasama dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Inisiatif ini merangkumi peluasan rangkaian gentian optik, penyediaan Wi-Fi awam, serta pemasangan ‘smart poles’ dan sistem kamera litar tertutup (CCTV) pintar.

“Bagi meluaskan lagi liputan di Sabah, pelaksanaan JENDELA 2 akan ditambah dengan 800 lokasi baharu terutama di kawasan pedalaman dan pulau-pulau, dengan anggaran kos keseluruhan RM1.4 bilion,” kata MCMC dalam kenyataan.

Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 3.7 juta rakyat Sabah dan mencapai liputan 100 peratus di kawasan berpenduduk.

Selain itu, MCMC turut menekankan peranan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

“Sehingga September 2025, sebanyak 131 NADI beroperasi di seluruh Sabah,” jelas MCMC lagi.

Langkah itu bagi memastikan penduduk di kawasan pedalaman mempunyai peluang yang setara untuk menyertai ekonomi digital melalui akses Internet, latihan kemahiran, dan program literasi digital.

Komitmen kerajaan turut diluaskan kepada komuniti anggota tentera dengan pelaksanaan projek Fiber-to-the-Home (FTTH) di Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT). Setakat ini, sembilan kem tentera di Sabah telah menerima manfaat projek ini yang melibatkan kira-kira 6,900 kediaman.

MCMC dalam kenyataan juga menegaskan komitmennya untuk memastikan setiap usaha yang dilaksanakan akan diterjemahkan kepada peningkatan kualiti rangkaian, pengalaman pengguna, dan pembangunan bandar pintar yang lebih inklusif untuk semua rakyat Sabah.

Berita berkaitan
Jurutera rugi lebih RM27,000 akibat penipuan seks dalam talian
5 jam lalu· Isu semasa
MCMC siasat individu buat video palsu berhubung SPRM dan Azam Baki
5 jam lalu· Isu semasa
Kempen Internet Selamat diperluas guna pendekatan rakan sebaya
April 20, 2026· Isu semasa
Had umur 16 tahun bukan untuk sekat kebebasan bersuara: Fahmi
April 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pasangan tular kes lucah di jirat Cina dibebaskan
3 jam lalu · Isu semasa
Kos sara hidup akan terkena tempias akibat konflik Asia Barat: MIER
3 jam lalu · Isu semasa
Institusi kewangan jadi benteng ekonomi negara: Anwar
3 jam lalu · Isu semasa
RM5 Bilion tambahan untuk bantu PMKS hadapi krisis global: PMX
3 jam lalu · Isu semasa
Konflik Asia Barat perlu dihentikan, elak kesan ekonomi melarat: Sultan Nazrin
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok