Albert Tei dan Shamsul Iskandar Md Akin didakwa di mahkamah hari ini.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diarahkan untuk melengkapkan siasatan terhadap bekas setiausaha politik kanan perdana menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan, Albert Tei dalam tempoh tujuh hari.
Arahan itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, yang turut mengesahkan penahanan reman kedua-dua individu berkenaan bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung isu tersebut.
“SPRM akan menjalankan siasatan secara profesional dan adil berlandaskan undang-undang. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009,” kata Azam dalam satu kenyataan.
Menurut sumber yang didedahkan, kes ini melibatkan tuduhan terhadap seorang ahli perniagaan didakwa memberi rasuah kepada Shamsul Iskandar.
Rasuah tersebut dikatakan bertujuan untuk mendapatkan semula wang yang telah diberikan kepada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah.
“Dalam permohonan reman, SPRM berhujah bahawa kes ini melibatkan kepentingan awam dan siasatan perlu dijalankan dalam tempoh sewajarnya,” kata sumber.
Walaupun peguam kedua-dua suspek membantah, Mahkamah Majistret Putrajaya yang dikendalikan oleh Majistret Fatin Muneerah Sofian telah membenarkan permohonan reman selama enam hari sehingga 4 Disember 2025.
Tempoh ini dianggap perlu bagi membolehkan satu siasatan yang menyeluruh dijalankan.
“Siasatan akan dijalankan dengan kadar segera sebelum fail kes dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk keputusan lanjut.
“Pertuduhan dijangka akan dikenakan sekiranya keterangan serta bukti yang diperoleh dipersetujui oleh pihak pendakwaan,” tambah sumber tersebut.
Sebelum ini, Shamsul Iskandar, Albert Tei, dan seorang lagi individu, Sofia Rini Buyong, telah ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes yang sama.
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, pelabur beralih kepada aset selamat
AKPS catat rampasan RM322 juta dalam tempoh 10 bulan
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib