Isu minit pengampunan Najib, Polis mungkin panggil Tony Pua

November 24, 2026 · Politik

Polis tidak menolak kemungkinan memanggil pemimpin DAP, Tony Pua bagi membantu siasatan berhubung pendedahan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berkaitan bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail berkata, perkara itu akan dirujuk kepada pegawai penyiasat untuk menentukan tindakan lanjut, termasuk kemungkinan memanggil individu terbabit.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan polis setakat ini belum menerima sebarang laporan rasmi berhubung dakwaan kebocoran dokumen berkenaan.

“Setakat ini, tak ada laporan polis berhubung isu ini. Semua benda ini digembar-gemburkan di media sosial dan sebagainya, tetapi pihak polis bersedia untuk menyiasat perkara ini,” katanyan selepas menghadiri Majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pegawai Kanan Polis di sini, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail mengarahkan polis menggerakkan segala sumber bagi menyiasat dakwaan kebocoran minit mesyuarat berkenaan.

Arahan itu menyusul selepas Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menggesa polis menjalankan siasatan terhadap dakwaan kebocoran dan penyebaran dokumen yang diklasifikasikan sebagai rahsia.

Ketika Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini, Anwar turut menafikan dakwaan kerajaan menjadi pihak yang menyebarkan minit mesyuarat berkenaan kepada umum.

Beliau menjelaskan dokumen berkaitan pengampunan bersyarat Najib itu bukan disebarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri atau Jabatan Peguam Negara (AGC) seperti didakwa.

Sebaliknya, Anwar berkata sebahagian dokumen berkenaan dinyahklasifikasikan oleh AGC bagi tujuan menyediakan jawapan untuk menghadapi prosiding mahkamah berkaitan isu tersebut.

Isu berkenaan menjadi perhatian selepas pendedahan dokumen berkaitan keputusan Lembaga Pengampunan mengenai pengurangan hukuman penjara dan denda terhadap Najib, termasuk dakwaan kewujudan perintah tambahan berkaitan tahanan rumah.

Berita berkaitan
Hujah Badan Peguam cabar tahanan rumah Najib didengar 17 Mac 2027
8 jam lalu· Politik
Kuasa pengampunan Agong tidak boleh dicabar: AGC
8 jam lalu· Politik
Isu premis tutup solat Jumaat, Anwar tidak setuju kenyataan Ahli Parlimen
11 jam lalu· Isu semasa
Bekas pegawai khas Najib, aktivis UMNO diperintah bayar RM433,000 kepada pendakwah
November 23, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Menang di Melaka, Mahfuz desak BN-PN umum pakatan
8 jam lalu · Politik
Bukan kerajaan sebar dokumen pengampunan Najib, jangan buat tohmahan
11 jam lalu · Politik
PH Negeri Sembilan desak kemelut politik diselesaikan segera
November 23, 2026 · Politik
PAS masih jadi rebutan, Idris persoal pihak yang mahu kerjasama
November 23, 2026 · Politik
Saarani: Belum ada keperluan bubar DUN Perak
November 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok