Shafie tepis dakwaan Warisan akan menyokong kerajaan GRS di Sabah

November 30, 2025 · Politik

Parti Warisan hanya berminat bekerjasama dengan parti tempatan, kata Presidennya, Mohd Shafie Apdal.

Shafie berkata, takrifannya mengenai parti tempatan bukan sekadar pada nama, tetapi pada perjuangan sebenar untuk rakyat Sabah.

“Saya tidak mahu menenangkan diri dengan mengatakan kita harus berada dalam kerajaan semasa kerana perkara itu bukan mudah.

“Tetapi adakah kita masih mampu memenuhi keperluan rakyat Sabah” katanya pada sidang media hari ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang berlangsung semalam, Warisan memperoleh 25 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai sebuah parti tunggal.

Bagaimanapun, untuk membentuk kerajaan, mana-mana gabungan perlu ada majoriti mudah sekurang-kurangnya dengan 37 kerusi.

Ditanya sama ada Warisan mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mempunyai 29 kerusi, Shafie berkata, walaupun beliau menyatakan minat untuk bekerjasama dengan parti tempatan, ia tidak semestinya merujuk kepada GRS.

“GRS membabitkan gabungan parti tempatan yang mereka dakwa sebagai majoriti, tetapi seperti yang anda lihat, ia bukan majoriti mutlak.

“Saya tahu kerajaan GRS-BN sebelum ini tidak bertahan lama. Selalu ada dinamik sedemikian dalam politik. Adakah anda fikir (kerajaan GRS-BN) akan bertahan lima tahun?” katanya lagi.

Mengenai Barisan Nasional (BN), Mohd Shafie berkata, beliau bersumpah tidak pernah bertemu dengan mereka bagi membincangkan perkara ini.

“Saya telah bekerja untuk pilihan raya ini selama empat tahun yang lalu. Saya tidak ada jumpa dengan mana-mana parti pun,” katanya.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Anwar sahkan PH sedia buka ruang kerjasama, bincang cari titik persamaan
11 jam lalu· Politik
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
September 22, 2026· Politik
DUN Melaka dijangka bubar hari ini, PRN semakin hampir
September 22, 2026· Politik
Ab Rauf titip tiga pesan sebelum DUN Melaka dibubar
September 21, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Hubungan dengan Istana retak, Mahfuz persoal kedudukan MB Negeri Sembilan
12 jam lalu · Politik
Anwar minta Loke fikir semula keputusan letak jawatan
13 jam lalu · Politik
Johari: Tiada usul undi tidak percaya diterima di Dewan Rakyat
16 jam lalu · Politik
PAS jangan diam, jelaskan peranan wakil dalam krisis Negeri Sembilan: AMK
16 jam lalu · Politik
MP Pendang tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar, kes saman selesai
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok