Anwar minta Loke fikir semula keputusan letak jawatan

September 23, 2026 · Politik

Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta Loke Siew Fook mempertimbangkan semula hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap Najib Razak.

Anwar berkata, Loke tidak wajar dipersalahkan berhubung keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan kerana perkara itu bukan diputuskan oleh beliau.

“Kenapa Loke? Patut semua DAP keluar. Itu cadangan siapa? Kenapa dia nak keluar? Dia tidak ada salah.

“Bukan dia cadangkan (keputusan pengampunan), malah dia cuba sedaya upaya menolak,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Anwar berkata demikian ketika ditemui media dalam perjalanan menaiki kereta api laju dari Shanghai ke Hangzhou, China.

Menurutnya, rundingan lanjut bersama Loke akan diadakan dalam masa terdekat bagi mendengar penjelasan rasmi selain memintanya mempertimbangkan semula keputusan berkenaan.

Anwar turut berkata, beliau menghormati pendirian Loke dan DAP yang konsisten menentang kleptokrasi serta rasuah, namun perkara itu menyebabkan parti berkenaan berdepan situasi sukar susulan keputusan Lembaga Pengampunan.

“Saya bagi ruang dan tidak mahu terburu-buru kerana hormat keputusan beliau,” katanya.

Pada masa sama, Anwar menegaskan DAP tidak seharusnya tunduk kepada tekanan politik yang boleh menjejaskan kestabilan kerajaan perpaduan.

Minggu lalu, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dilaporkan memutuskan Najib dibenarkan menjalani baki hukuman penjara secara tahanan dalam rumah, tertakluk kepada syarat ditetapkan.

Anwar berkata, pandangan serta isu berkaitan perkara itu turut disampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, termasuk pendirian Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan kuasa eksekutif mempunyai batas di bawah Perlembagaan Persekutuan dan keputusan pengampunan berada dalam bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Beliau turut menolak dakwaan berlaku kompromi atau pakatan rahsia antara dirinya dengan kepemimpinan UMNO berhubung isu pengampunan berkenaan.

Menurut Anwar, keutamaan kerajaan ketika ini ialah memastikan pentadbiran negara terus stabil, hubungan dengan institusi raja-raja Melayu dipelihara serta agenda pertumbuhan ekonomi diteruskan.

Berita berkaitan
Anwar luah terkilan, krisis adat Negeri Sembilan masih berlarutan: Laporan
September 23, 2026· Isu semasa
Johari: Tiada usul undi tidak percaya diterima di Dewan Rakyat
4 jam lalu· Politik
MP Pendang tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar, kes saman selesai
4 jam lalu· Politik
Rayuan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib diputuskan 7 Januari: Bernama
17 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Hubungan dengan Istana retak, Mahfuz persoal kedudukan MB Negeri Sembilan
September 23, 2026 · Politik
PAS jangan diam, jelaskan peranan wakil dalam krisis Negeri Sembilan: AMK
4 jam lalu · Politik
Kemelut takhta: Majlis menghadap Tunku Nadzaruddin batal, Balai Undang dikawal polis
4 jam lalu · Politik
AGC: Kerajaan Negeri Sembilan tiada kuasa gantung dua pegawai kanan
17 jam lalu · Politik
Sivamalar soal Akmal: Kenapa diam isu Istana Negeri Sembilan?
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok