PM akan umum peranan baharu Tengku Zafrul Rabu ini

December 1, 2025 · Politik

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz akan diberikan satu tanggungjawab baharu dalam kerajaan pada Rabu ini, menurut Anwar Ibrahim.

Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Perasmian Kenderaan Elektrik pertama Perodua di Menara MITI hari ini.

Beliau berkata kepakaran dan sumbangan Tengku Zafrul amat berharga untuk diteruskan.

“Beliau masih ada tanggungjawab dan tidak boleh dilepaskan. Beliau akan berakhir sebagai Menteri MITI pada 2 Disember ini,” jelas Perdana Menteri.

“Beliau akan terus kerja yang saya akan diumumkan pada 3 Disember ini,” tambahnya lagi.

Anwar turut memuji kepimpinan Tengku Zafrul yang berjaya membawa nama MITi serta jaringan dagangan antarabangsa Malaysia ke peringkat global.

“Ini juga memberi isyarat selain penghargaan apa yang beliau lakukan bahkan jaringan dagangan antarabangsa dalam dua tahun ini.

“Peranan MITI dan keluarga MITI di bawah Tengku Zafrul juga sangat membanggakan dan nampak kejayaan yang baik,” ujarnya.

Tengku Zafrul, yang sebelum ini berkhidmat selama 22 tahun dalam industri perbankan, dilantik ke Kabinet sebagai senator pada Mac 2020.

Beliau kini menghampiri had maksimum penggalnya sebagai ahli Dewan Negara, yang mewajibkannya melepaskan jawatan Menteri MITI esok.

Beliau adalah antara empat menteri yang dijangka menamatkan penggal pertama sebagai senator, bersama Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abd Kadir, Menteri Hal Ehwal Agama, Mohd Na’im Mokhtar, dan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail.

Berita berkaitan
Anwar: Waze mungkin diharamkan demi keselamatan negara
3 jam lalu· Isu semasa
BDS sokong larangan Waze, minta pertimbang juga tamatkan kontrak AWS
3 jam lalu· Isu semasa
Anwar doakan Ustaz Wadi Annuar segera pulih selepas terlibat kemalangan
7 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
7 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN
2 jam lalu · Politik
Rafizi mahu saman Ramanan susulan kenyataan media
2 jam lalu · Politik
AGC bawa kes pembatalan pendaftaran PN ke Mahkamah Rayuan
3 jam lalu · Politik
DUN Sarawak bubar 26 Oktober ini, beri laluan PRN diadakan
3 jam lalu · Politik
Abang Johari panggil sidang media khas, DUN Sarawak bakal bubar?
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok