SPRM nafi rampasan barangan Albert Tei tidak ikut prosedur

December 1, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan semua tindakan penyitaan barangan milik ahli perniagaan, Albert Tei, dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan sepenuhnya.

Kenyataan ini dikeluarkan bagi menjawab dakwaan daripada pihak keluarga Tei yang mendakwa barang-barang berharga dirampas tanpa pengetahuan beliau.

Menurut Bahagian Komunikasi Strategik SPRM, senarai inventori lengkap barangan yang disita telah diserahkan kepada Tei sendiri pada hari beliau ditahan dan ditandatangani olehnya sebagai pengesahan penerimaan.

“SPRM menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas bahawa pegawai SPRM merampas barangan Albert Tei tanpa mengikut prosedur.

“SPRM sentiasa melaksanakan tugas mengikut peruntukan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan dalam bidang kuasa,” jelas kenyataan itu.

Antara barang yang disenaraikan termasuk telefon bimbit, iPad dan perakam video digital, yang disifatkan sebagai bahan bukti penting bagi siasatan yang sedang dijalankan.

SPRM menekankan bahawa barangan tersebut telah diberikan oleh ahli perniagaan itu kepada pegawai SPRM secara sukarela.

Sebagai bukti ketelusan, salinan dokumen ‘Senarai Penyitaan Harta Alih’ di bawah Seksyen 33 Akta SPRM 2009 telah diserahkan kepada Tei pada Jumaat lalu.

Tindakan proaktif SPRM ini didakwa telah mendahului notis tiga hari yang dikeluarkan oleh peguam isteri Tei yang meminta inventori harta dirampas dikeluarkan sebelum hari Rabu ini.

Berita berkaitan
Tabung RM50 juta Najib: Wanita PKR persoal UMNO bawa budaya memaafkan perasuah?
September 21, 2026· Politik
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
September 20, 2026· Isu semasa
Bila UMNO nak lancar tabung ganti kerugian 1MDB disakau Najib? soal Pemuda Amanah
September 19, 2026· Politik
Syarat pengampunan Najib perlu dijelaskan kepada rakyat: Bersatu
September 19, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
4 jam lalu · Isu semasa
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
10 jam lalu · Isu semasa
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
12 jam lalu · Isu semasa
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
13 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok