Majlis Peguam bantah tindakan SPRM panggil peguam dalam siasatan

December 1, 2025 · Isu semasa

Majlis Peguam Malaysia mengutuk tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil peguam yang mewakili individu sedang disiasat, menyifatkannya sebagai menceroboh keistimewaan profesional guaman yang merupakan tunggak sistem keadilan.

Dalam kenyataan, badan peguam itu menegaskan tindakan SPRM amat membimbangkan dan didakwa melanggar Seksyen 46 Akta SPRM 2009.

Majlis Peguam menekankan hak untuk diwakili peguam dan kerahsiaan nasihat undang-undang adalah mutlak.

“Seksyen 46 Akta SPRM berfungsi sebagai tembok keselamatan berkanun, yang melindungi kerahsiaan nasihat perundangan yang penting kepada pelaksanaan keadilan yang sewajarnya,” tegas kenyataan tersebut. I

Malah, Majlis Peguam menegaskan keistimewaan ini tidak terbatal semata-mata kerana siasatan sedang dijalankan.

Majlis Peguam berkata cubaan memintas perlindungan ini melemahkan kedaulatan undang-undang.

“Keyakinan orang awam terhadap sistem kehakiman dan profesion perundangan boleh merosot jika keistimewaan ini terhakis,” jelasnya.

Isu ini timbul berikutan laporan media mengenai SPRM memanggil peguam Albert Tei dan peguam Mahajoth Singh dalam suatu siasatan.

SPRM sebelumnya berkata tindakan itu adalah dibawah Seksyen 30 Akta SPRM yang terpakai kepada semua individu.

Namun, Mahajoth menafikan memiliki sebarang ‘bukti penting’ seperti didakwa, dan menegaskan dokumen yang diminta SPRM dilindungi keistimewaan peguam-anak guam.

“Dakwaan itu tidak benar dan keterlaluan,” katanya seperti dipetik media.

Majlis Peguam menekankan pendiriannya yang konsisten bahawa komunikasi antara peguam dan anak guam adalah suci, dan sebarang pelanggaran mengancam integriti profesion guaman serta kedaulatan undang-undang.

Berita berkaitan
Anwar: Rasuah sudah jadi masalah sistemik, tindakan tegas perlu diteruskan
November 26, 2026· Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
November 24, 2026· Isu semasa
Isu minit pengampunan Najib, Polis mungkin panggil Tony Pua
November 24, 2026· Politik
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
November 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, pelabur beralih kepada aset selamat
1 jam lalu · Isu semasa
AKPS catat rampasan RM322 juta dalam tempoh 10 bulan
1 jam lalu · Isu semasa
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
17 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
17 jam lalu · Isu semasa
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok