Sepatutnya BN Sabah kekal jadi pembangkang, Akmal beri cadangan

December 1, 2025 · Politik

Barisan Nasional (BN) Sabah digesa untuk terus berperanan sebagai pembangkang negeri yang kritis bersama Warisan dan Perikatan Nasional (PN), kata Dr Akmal Saleh.

Ketua Pemuda UMNO itu berkata keputusan tersebut selaras dengan kehendak rakyat yang mahu melihat BN melalui proses pemulihan.

“Rakyat mahu kita kekal sebagai pembangkang untuk berubah menjadi lebih baik.

“Kita harus jadi pembangkang yang kuat membawa isu rakyat dan sentiasa mengimbangi apa yang kerajaan negeri laksanakan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Gesaan itu dibuat susulan prestasi pilihan raya negeri Sabah lepas, yang menyaksikan BN hanya meraih enam daripada 45 kerusi yang ditandinginya.

Ia turut menjadi reaksi kepada tindakan kepimpinan pusat BN yang mengemukakan senarai nama kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk dipertimbangkan bagi jawatan menteri dan pembantu menteri.

Menurut Akmal, langkah yang lebih wajar adalah dengan menerima keputusan undi dengan penuh rasa hormat.

“Kita perlu terima kekalahan secara bermaruah dan perbaiki kelemahan kita. Barulah rakyat boleh yakin dan kita kembali di hati rakyat,” jelasnya.

Beliau menekankan kepentingan mendengar suara pengundi.

“Dengar suara rakyat, insyaAllah rakyat kembali percaya pada kita,” tambah Akmal.

Pandangan beliau ini sedikit sebanyak berbeza dengan kenyataan Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, yang awal hari ini menyatakan parti-parti komponen BN serasi dengan GRS dan komited untuk memastikan kestabilan politik negeri.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Anwar sahkan PH sedia buka ruang kerjasama, bincang cari titik persamaan
17 jam lalu· Politik
Sivamalar soal Akmal: Kenapa diam isu Istana Negeri Sembilan?
September 22, 2026· Politik
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
September 22, 2026· Politik
DUN Melaka dijangka bubar hari ini, PRN semakin hampir
September 22, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Anthony Loke kekal pendirian letak jawatan: Bernama
September 24, 2026 · Politik
PN ambil tindakan undang-undang selepas digantung RoS: Takiyuddin
September 24, 2026 · Politik
Semua kegiatan PN digantung selepas terima aduan Bersatu: RoS
September 24, 2026 · Politik
Penggantungan dua pegawai kanan Negeri Sembilan dipertikai, AG tegaskan kekal bertugas
September 24, 2026 · Politik
Hubungan dengan Istana retak, Mahfuz persoal kedudukan MB Negeri Sembilan
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok