PN ambil tindakan undang-undang selepas digantung RoS: Takiyuddin

September 24, 2026 · Politik

Perikatan Nasional (PN) mengambil langkah undang-undang bagi mencabar keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menggantung semua kegiatan gabungan itu sehingga tarikh yang tidak ditentukan.

Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan berkata, PN mengambil maklum keputusan berkenaan namun tidak bersetuju dengan asas yang digunakan RoS.

Menurutnya, tindakan undang-undang itu diambil bagi mempertahankan matlamat penubuhan serta agenda perjuangan PN yang didukung ahli dan penyokongnya.

“PN tidak menolak kemungkinan tindakan terhadap PN adalah natijah agenda berniat jahat (mala fide) dan tekanan politik yang memangsakan PN daripada pihak-pihak dari dalam dan luar PN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Takiyuddin berkata, PN menerima notis di bawah subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 bagi tujuan cadangan pembatalan pendaftaran gabungan itu selepas tempoh tunjuk sebab selama 30 hari.

Katanya, cadangan pembatalan berkenaan berkait dengan aduan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengenai satu mesyuarat pada 16 Julai lalu.

“Susulan notis tersebut, PN turut menerima perintah di bawah subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966 yang memerintahkan penggantungan semua kegiatannya sehingga tarikh tidak ditentukan.

“Kedua-dua notis dan perintah itu diserahkan kepada PN secara berturut-turut pada 22 dan 23 September lalu,” katanya.

Menurut Takiyuddin, tarikh penyerahan notis dan perintah itu bertepatan dengan pengumuman serta pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Sehubungan itu, beliau meminta ahli dan penyokong PN supaya bertenang sementara perkara berkenaan diuruskan melalui saluran sewajarnya.

“PN akan memberikan maklumat dan dokumen berkaitan kepada masyarakat secara telus serta memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa,” katanya.

Pada masa sama, PN mengeluarkan larangan kepada mana-mana pihak daripada membuat kenyataan bagi pihak gabungan itu, kecuali Pengerusi dan Setiausaha Agung PN.

Takiyuddin turut memaklumkan PAS akan bersama parti komponen PN meneliti serta mengambil langkah yang wajar mengikut undang-undang dan peraturan ditetapkan.

Sebelum ini, RoS mengesahkan penggantungan semua kegiatan PN berkuat kuasa 23 September.

RoS memaklumkan perintah itu dikeluarkan di bawah subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) bagi menjaga kepentingan pertubuhan daripada terus melanggar aturan pertubuhannya.

Perkembangan itu berlaku ketika persiapan menghadapi PRN Melaka sedang berlangsung susulan pembubaran DUN negeri berkenaan.

Berita berkaitan
Semua kegiatan PN digantung selepas terima aduan Bersatu: RoS
September 24, 2026· Politik
PRN Melaka: Anwar sahkan PH sedia buka ruang kerjasama, bincang cari titik persamaan
16 jam lalu· Politik
Remaja kes tikam sekolah Bandar Utama mahu kematian beramai-ramai, mahkamah diberitahu
18 jam lalu· Isu semasa
Kes 43 barang kemas: Global Royalty boleh tuntut RM67.5 juta daripada Rosmah
18 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Anthony Loke kekal pendirian letak jawatan: Bernama
September 24, 2026 · Politik
Penggantungan dua pegawai kanan Negeri Sembilan dipertikai, AG tegaskan kekal bertugas
September 24, 2026 · Politik
Hubungan dengan Istana retak, Mahfuz persoal kedudukan MB Negeri Sembilan
18 jam lalu · Politik
Anwar minta Loke fikir semula keputusan letak jawatan
18 jam lalu · Politik
Johari: Tiada usul undi tidak percaya diterima di Dewan Rakyat
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok