Syarikat kecil berpendapatan bawah RM1 juta dikecualikan e-invois: Anwar

December 6, 2025 · Isu semasa

Kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan wajib e-invois bagi syarikat kecil dengan menaikkan had ambang daripada RM500,000 kepada RM1 juta mulai Januari depan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan keputusan itu yang dibuat berikutan aduan masyarakat peniaga, termasuk dari komuniti Cina, yang merasakan sistem tersebut membebankan.

“Ada juga lain-lain masalah dibangkitkan terutama dari peniaga kecil termasuk peniaga Cina di bandar tentang e-invoicing. Syarikat-syarikat kecil dan sederhana ini rasa ia menambah beban dan kos.

“Saya dengar… sebab itu saya telah mengarahkan Kementerian Kewangan mengkaji semula,” jelas Anwar dalam ucapan di Majlis Sentuhan Madani Bersama Rakyat Sabah pada hari ini.

Beliau menekankan kajian semula dilakukan dengan pantas sebelum dibawa ke Jemaah Menteri.

“Semalam dalam mesyuarat Jemaah Menteri sudah putuskan peringkat awal iaitu threshold syarikat jumlah RM500,000 itu dibatalkan dan dinaikkan RM1,000,000 minima.

“Jadi maknanya syarikat-syarikat kecil betul tidak perlu lagi dipaksa e-invoicing untuk sekarang ini,” tegasnya.

Anwar turut menyatakan pelaksanaan e-invois bagi syarikat melepasi paras RM1 juta akan dikaji lebih teliti, termasuk implikasi kos.

“Bagaimana keadaannya lepas RM1 juta itu baru dikaji lebih mendalam apa implikasi kosnya. Jadi sekurang-kurangnya kita dengar, kita laksanakan segera yang boleh disegerakan,” tambahnya.

Beliau menasihati orang ramai agar tidak panik dan mengakui keputusan ini mencerminkan pendekatan Kerajaan Perpaduan Madani yang mengambil kira suara semua pihak.

Langkah ini diharap dapat memberikan ruang pernafasan kepada peniaga kecil dalam mempersiapkan diri untuk transformasi digital masa depan.

Berita berkaitan
Kerajaan sedia peluang kerja baharu untuk rakyat terjejas: Anwar
May 26, 2026· Isu semasa
RON95 kekal termurah RM1.99, bekalan diesel stabil hingga Julai: PMX
3 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan teruskan bantuan BUDI Agri-Komoditi: Anwar
May 25, 2026· Isu semasa
21 pemimpin cabang PKR Shah Alam umum keluar parti
May 25, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Polis belum ambil keterangan Na’imah, dua anak masih di luar negara
May 26, 2026 · Isu semasa
37 sesi libat urus dijalankan MCMC bagi perkukuh keselamatan dalam talian
3 jam lalu · Isu semasa
BDR penjawat awam berjaya jimat lebih RM4 juta subsidi petrol
6 jam lalu · Isu semasa
Pelaksanaan pasport baharu ditunda: JIM
6 jam lalu · Isu semasa
Kes suapan konsesi Menara KL ribu dipindah ke Mahkamah Tinggi
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok