PMX lancar dua inisiatif baharu Sahabat Penggerak Madani dan Skim Insurans Rakyat

December 7, 2025 · Isu semasa

Dua inisiatif baharu di bawah agenda Kerajaan Madani iaitu program Sahabat Penggerak Madani dan Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) 3.0 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Ahad.

Program ini dilperkenalkan bagi memperkukuh sistem perlindungan sosial dan memperkasakan komuniti di peringkat akar umbi, menurut Anwar.

Majlis pelancaran itu menjadi kemuncak Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku dan berlangsung serentak dengan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025.

“Kedua-dua inisiatif ini menandakan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasakan kesejahteraan rakyat melalui pendekatan berasaskan nilai Madani,” kata Anwar.

Sahabat Penggerak Madani merupakan individu yang dilatih untuk menjadi duta kesedaran mengenai dasar kerajaan di peringkat komuniti.

Manakala, SIKR 3.0 adalah skim insurans bagi memberi perlindungan kepada golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam sistem eKasih.

“Ia adalah usaha kita untuk memastikan jaringan keselamatan sosial lebih kukuh dan menyentuh mereka yang paling memerlukan,” tambah Anwar.

Program Rancakkan Madani yang dianjurkan oleh Pejabat Perdana Menteri melalui Unit PACU itu telah menarik sambutan luar biasa dengan kehadiran seramai 304,107 pengunjung, melebihi sasaran awal 300,000 orang.

Acara tiga hari itu merangkumi pameran interaktif, sesi perkongsian dan forum berkaitan pembaharuan perkhidmatan awam.

Anwar turut meluangkan masa membuat tinjauan mesra bersama peserta dan pengunjung di sekitar pameran selepas majlis pelancaran.

Program ini dilihat sebagai kesinambungan tradisi pelaporan tahunan kerajaan secara langsung kepada rakyat bagi menyampaikan perkembangan dan inisiatif terkini.

Berita berkaitan
Anwar umum kenaikkan Geran Interim kepada Sabah RM1.5 Bilion
7 jam lalu· Isu semasa
Anwar tegas mahu Sabah, Sarawak terus maju
8 jam lalu· Isu semasa
Anwar mahu kementerian berjimat hadapi tekanan ekonomi global
May 29, 2026· Isu semasa
Baucar buku RM100 diteruskan untuk pelajar bagi galakkan budaya membaca: PMX
May 29, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Amanah Selangor bidas Liu berhubung isu ladang babi
8 jam lalu · Isu semasa
SPRM teliti dakwaan penyelewengan projek naik taraf Stadium Bukit Jalil
May 29, 2026 · Isu semasa
Najib fail bukti baharu dalam rayuan kes 1MDB
May 29, 2026 · Isu semasa
Subsidi BUDI95: MoF beri amaran salah guna MyKad tanpa kebenaran
May 29, 2026 · Isu semasa
Pelajar di Melaka ditahan kes vape mushroom libatkan remaja perempuan
May 29, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok