Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim, meluahkan kebimbangan terhadap satu trend membimbangkan yang dilihat semakin menular dalam masyarakat, iaitu mengagung-agungkan individu yang memberi rasuah.
Perdana Menteri menegaskan fenomena ini menghakis nilai kemanusiaan dan merosakkan usaha negara memerangi rasuah, terutamanya apabila sikap pilih kasih timbul sekiranya tindakan undang-undang menyentuh rakan sendiri.
“Ada pihak yang terlalu mendewa-dewakan dan mengagung-agungkan sesetengah susuk hingga menghakis nilai kemanusiaan,” tegas Anwar semasa berucap pada Himpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya hari ini.
“Mereka mengagung-agungkan pemberi suapan dan keadaan itu menggusarkan. Kita kata benci rasuah, tetapi apabila tindakan diambil dan kalau kena pada kawan, kita akan marah.
“Disebabkan (trend) ini kita tidak akan mampu mengangkat negeri dan negara kita,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Anwar menekankan kepentingan mengamalkan nilai kemanusiaan, ihsan dan saling menghormati sebagai asas kelangsungan negara.
Beliau menyeru semua pihak untuk menjalankan tugas dengan niat yang ikhlas dan bersih, bebas daripada sebarang bentuk rasuah atau penyelewengan.
“Bayangkan, kita buat jambatan dengan niat ikhlas dan bersih tanpa mengira komisen, rasuah serta penyelewengan.
“Ia dilaksanakan secara terbaik dengan kos yang ada, untuk faedah manusia, dengan harapan dan niat kasih sayang pada manusia,” ujarnya.
Beliau menyifatkan amalan murni ini selari dengan ajaran Islam, dengan merujuk kepada sebuah hadis Nabi Muhammad SAW.
Anwar percaya dengan niat dan pelaksanaan yang suci, rahmat dan keberkatan akan menyusuli setiap usaha pembangunan yang dilakukan untuk kemaslahatan rakyat.
PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN
Rafizi mahu saman Ramanan susulan kenyataan media
AGC bawa kes pembatalan pendaftaran PN ke Mahkamah Rayuan
DUN Sarawak bubar 26 Oktober ini, beri laluan PRN diadakan
Abang Johari panggil sidang media khas, DUN Sarawak bakal bubar?
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum