Ketua Perangkawan Malaysia, Dr Mohd Uzir Mahidin.
Kadar pengangguran negara kekal pada paras rendah tiga peratus pada Oktober 2025, membabitkan seramai 518,900 individu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan, Dr Mohd Uzir Mahidin berkata prestasi pasaran buruh negara terus menunjukkan trend positif hasil aktiviti ekonomi yang semakin rancak, disokong pertumbuhan guna tenaga yang kukuh.
“Pasaran buruh kekal berdaya tahan dengan peningkatan berterusan dalam tenaga buruh. Pada Oktober, jumlah tenaga buruh meningkat 0.2 peratus kepada 17.58 juta orang berbanding 17.54 juta orang pada September, manakala kadar penyertaan tenaga buruh kekal 70.9 peratus,” katanya menerusi kenyataan.
Beliau berkata jumlah penduduk bekerja turut mencatat pertambahan 0.2 peratus kepada 17.06 juta orang, berbanding 17.03 juta orang pada bulan sebelumnya, sekali gus mencerminkan permintaan tenaga kerja yang stabil.
Bagaimanapun, katanya, jumlah penganggur meningkat sedikit sebanyak 0.1 peratus kepada 518,900 orang berbanding 518,600 orang pada September.
“Sebahagian besar penduduk bekerja terdiri daripada kategori pekerja, iaitu 74.8 peratus daripada keseluruhan guna tenaga. Kumpulan ini meningkat 0.1 peratus kepada 12.76 juta orang,” katanya.
Menurut beliau, bilangan penduduk bekerja sendiri turut menunjukkan peningkatan apabila bertambah 0.4 peratus kepada 3.25 juta orang berbanding 3.24 juta orang pada bulan sebelumnya.
Pada masa sama, fenomena guna tenaga tidak penuh terus menunjukkan penurunan.
Bilangan individu yang bekerja kurang daripada 30 jam seminggu menurun 1.4 peratus kepada 233,200 orang, berbanding 236,500 orang pada September.
“Bilangan guna tenaga tidak penuh berkaitan masa yang masih sanggup menerima jam bekerja tambahan turut berkurang 1.7 peratus kepada 126,400 orang, menjadikan kadar guna tenaga tidak penuh berkaitan masa berada pada paras 0.7 peratus,” katanya.
Mohd Uzir berkata prospek pasaran buruh negara dijangka kekal positif dalam tempoh terdekat, disokong pertumbuhan ekonomi sederhana, pelaburan strategik dan pembangunan modal insan yang berterusan.
Kerajaan kaji semula perbelanjaan susulan krisis global: Akmal Nasrullah
Anwar ajak rakyat tolak kebencian sempena Hari Wesak
Anwar umum kenaikkan Geran Interim kepada Sabah RM1.5 Bilion
Amanah Selangor bidas Liu berhubung isu ladang babi
Anwar tegas mahu Sabah, Sarawak terus maju
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi