Ekonomi negara kekal berkembang, sektor pembuatan mengukuh

October 16, 2026 · Isu semasa

Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2026, sedikit perlahan berbanding pertumbuhan 6.0 peratus pada suku kedua, susulan prestasi bercampur sektor ekonomi negara.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam Anggaran Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Awalan Suku Tahun Ketiga 2026 memaklumkan pertumbuhan ekonomi bagi tempoh Januari hingga September tahun ini mencapai 5.5 peratus, lebih tinggi berbanding 4.8 peratus dalam tempoh sama tahun lalu.

“Sektor perkhidmatan kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara dengan berkembang 5.4 peratus berbanding 5.9 peratus pada suku kedua,” menurut laporan itu.

Prestasi sektor perkhidmatan disokong subsektor perdagangan borong dan runcit, maklumat dan komunikasi serta kewangan dan insurans.

Sektor pembuatan pula menunjukkan perkembangan lebih kukuh apabila mencatatkan pertumbuhan 7.5 peratus berbanding 7.3 peratus pada suku sebelumnya.

Pertumbuhan itu didorong industri berorientasikan eksport, khususnya produk elektrik, elektronik dan optikal, selain produk petroleum, kimia, getah dan plastik.

Sektor pembinaan turut mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 6.0 peratus, meskipun lebih perlahan berbanding 6.5 peratus pada suku kedua.

Menurut DOSM, perkembangan itu disokong aktiviti pembinaan bangunan bukan kediaman, terutama projek pusat data, serta aktiviti pembinaan pertukangan khas.

Sektor pertanian pula kembali pulih dengan pertumbuhan 1.3 peratus selepas menguncup 3.7 peratus pada suku sebelumnya, didorong prestasi lebih baik subsektor kelapa sawit dan ternakan.

Bagaimanapun, sektor perlombongan dan pengkuarian mencatatkan penguncupan 4.9 peratus pada suku ketiga selepas berkembang 9.2 peratus pada suku kedua.

Kemerosotan itu terutama disebabkan penyusutan dalam subsektor minyak mentah dan kondensat.

Secara keseluruhan, pertumbuhan 5.5 peratus bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini menunjukkan ekonomi Malaysia masih berkembang pada kadar lebih baik berbanding tempoh sama tahun lalu, walaupun beberapa sektor berdepan tekanan.

Prestasi sektor perkhidmatan dan pembuatan terus menjadi antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara, manakala pemulihan sektor pertanian turut membantu mengimbangi kelemahan dalam sektor perlombongan dan pengkuarian.

Berita berkaitan
Jerebu: Malaysia tuntut Indonesia bertindak, bawa isu ke ASEAN
24 jam lalu· Isu semasa
72 rakyat Malaysia ditahan dalam kes dadah di luar negara: Polis
October 22, 2026· Isu semasa
Syarat ekuiti Bumiputera 30 peratus kekal
October 20, 2026· Isu semasa
Perdagangan Malaysia cecah RM2.91 trilion, eksport melonjak: MATRADE
October 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kes cabul anak pegawai kanan polis: Arkitek bergelar Datuk dihadapkan ke mahkamah
3 jam lalu · Isu semasa
Anwar doakan Ustaz Wadi Annuar segera pulih selepas terlibat kemalangan
4 jam lalu · Isu semasa
Belanjawan 2027: STR, SARA RM16 bilion kekalkan kuasa beli rakyat
4 jam lalu · Isu semasa
Polis Negeri Sembilan siasat dua kes hina institusi diraja, lelaki ditahan
15 jam lalu · Isu semasa
Jangan tular video insiden sekolah: MCMC
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok